Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Bumbung kelab malam runtuh, lebih 100 orang terbunuh

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Kelab malam Jet Set di ibu kota Santo Domingo.

SANTO DOMINGO – Bumbung sebuah kelab malam yang runtuh di Republik Dominican telah mengorbankan lebih 100 orang, termasuk dua bekas atlet dan anak menteri kerja raya negara itu.

Bekas atlet, Octavio Dotel dan Tony Blanco adalah antara sekurang-kurangnya 300 orang yang berada di dalam kelab malam Jet Set di ibu kota Santo Domingo ketika bumbung bangunan itu runtuh secara tiba-tiba sekitar jam 1 pagi waktu tempatan pada hari Selasa.

Pengarah Pusat Operasi Kecemasan, Juan Manuel Méndez berkata sekurang-kurangnya 113 orang meninggal dunia selepas bangunan itu runtuh.

Daripada jumlah yang terkorban, 33 orang masih belum dapat dikenal pasti.

Unilad juga melaporkan 155 orang lagi telah dimasukkan ke hospital akibat kejadian itu.

Méndez memberi jaminan pasukan penyelamat masih giat membersihkan runtuhan dan mencari mangsa yang mungkin masih hidup.

Bagaimanapun katanya, anak kepada Menteri Kerja Raya, Eduardo Estrella, adalah antara yang masih belum dijumpai.

Pihak berkuasa masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar bumbung bangunan itu runtuh, tetapi imej dari pandangan udara menunjukkan lubang besar di bahagian atas bumbung bangunan tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *