Antarabangsa
(VIDEO) “Buka sempadan sekarang!” – Penunjuk perasaan Mesir serbu sempadan Rafah

SEMPADAN RAFAH – Sekumpulan besar penunjuk perasaan Mesir menyerbu pintu sempadan Rafah pada hari Isnin, menuntut agar laluan sempadan dibuka serta-merta untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza.
Video dikongsikan Middle East Eye itu memaparkan sekumpulan penunjuk perasan berhimpun di pintu masuk sempadan sambil memegang bendera Palestin dan melaungkan “Buka sempadan sekarang!”.
Tindakan ini berlaku ketika krisis kemanusiaan semakin meruncing, dengan lebih 50,000 nyawa terkorban akibat serangan Israel sejak 2023.
Sekatan berterusan menyebabkan lebih 2 juta penduduk Palestin mengalami kekurangan makanan, air, dan bekalan perubatan. – The Merdeka Times

Teruskan Membaca