Antarabangsa
(VIDEO) Bawa beg tertera bendera Palestin: Wanita Palestin ditahan pihak berkuasa Arab Saudi

MAKKAH – Pihak berkuasa Arab Saudi menahan seorang wanita Palestin di Makkah hanya kerana membawa beg sandang yang tertera bendera Palestin.
Sebuah Video yang asalnya dimuatnaik oleh wanita berkenaan di media sosial dan kemudian dilaporkan Mint News dan V Palestine, memaparkan dia sedang dipersoal oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana membawa beg yang tertera bendera Palestin ketika berada di Makkah.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa tidak dibenarkan membawa simbol politik ke dalam tanah suci, termasuk bendera atau tanda sokongan terhadap mana-mana negara atau perjuangan politik.
Dalam video berkenaan, wanita itu kelihatan cuba menjelaskan keadaannya dan mempertikaikan arahan tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat juga individu lain yang mempamerkan bendera negara seperti Maghribi dan Türkiye.
Dia menegaskan dirinya adalah rakyat Palestin, maka bendera itu hanyalah lambang kewarganegaraannya. – The Merdeka Times
