Connect with us

Antarabangsa

“Tiada sebutir gandum pun akan masuk ke Gaza” – Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich
  • Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, berikrar beliau akan meneruskan sekatan sepenuhnya terhadap kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza.
  • “Sehingga sebutir gandum pun tidak akan masuk ke Gaza,” katanya dalam ucapannya di Persidangan People of Israel anjuran media Israel, Yedioth Ahronoth yang dilaporkan Middle East Eye.
  • Kenyataan dibuat Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich selepas sebuah media di negara itu melaporkan bahawa Israel sedang mempertimbang untuk membuka semula sebahagian aliran bantuan ke Gaza.

BAITULMAQDIS – Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich, berikrar beliau akan meneruskan sekatan sepenuhnya terhadap kemasukan bantuan ke Semenanjung Gaza.

“Sehingga sebutir gandum pun tidak akan masuk ke Gaza,” katanya dalam ucapannya di Persidangan People of Israel anjuran media Israel, Yedioth Ahronoth yang dilaporkan Middle East Eye.

Pada 2 Mac, beberapa minggu sebelum memungkiri gencatan senjata di Gaza, Israel menutup semua pintu masuk ke wilayah Palestin itu, sekali gus menghentikan aliran bantuan kemanusiaan yang memburukkan lagi krisis yang sedang berlaku di sana.

Salah satu matlamat utama gencatan senjata adalah untuk membolehkan kemasukan semula bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Sejak menyambung semula serangan berskala besar pada 18 Mac lalu, Israel telah membunuh lebih 1,400 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 3,600 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Kenyataan Smotrich dibuat selepas Yedioth Ahronoth melaporkan bahawa Israel sedang mempertimbang untuk membuka semula sebahagian aliran bantuan ke Gaza.

Namun, beliau menegaskan bahawa keutamaan Israel adalah untuk menumpaskan Hamas sepenuhnya berbanding pembebasan tawanan Israel, yang sebelum ini dibebaskan secara berperingkat semasa tempoh gencatan senjata.

“Baguslah perang dah bermula, dan walaupun menyedihkan ia bermula begini, kita sedang mengubah realiti di Timur Tengah,” katanya.

Minggu lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata tenteranya akan meningkatkan serangan ke atas Gaza sebagai usaha melaksanakan rancangan pengusiran besar-besaran yang dicadangkan oleh Presiden AS ketika itu, Donald Trump, terhadap wilayah tersebut.

Lebih 50,700 rakyat Palestin telah terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak perang bermula pada Oktober 2023. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *