Connect with us

Antarabangsa

Pengetua kolej di Delhi sapu najis lembu pada dinding kelas untuk sejukkan bilik

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video pengetua, Dr. Pratyush Vatsala menyapu najis lembu pada dinding kelas untuk sejukkan bilik.
  • Pengetua, Dr. Pratyush Vatsala, menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada kajian bertajuk ‘Kawalan Tekanan Haba Menggunakan Pengetahuan Tradisional India’ yang sedang dijalankan di kabin sementara kampus berkenaan.
  • “Saya sendiri menyapu bahan itu. Tiada mudarat menggunakan bahan semula jadi. Namun ada pihak menyebarkan maklumat tanpa mengetahui fakta sebenar,” katanya kepada agensi berita PTI.
  • Tindakan tersebut menerima kritikan, termasuk daripada pensyarah Vijender Chauhan yang mempersoalkan imej akademik kolej itu dan kebolehpasaran graduannya.

NEW DELHI — Tindakan Pengetua Kolej Laxmibai, Universiti Delhi, menyapu najis lembu pada dinding bilik darjah sebagai kaedah menyejukkan bilik telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial selepas video mengenainya tular.

Pengetua, Dr. Pratyush Vatsala, menjelaskan bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada kajian bertajuk ‘Kawalan Tekanan Haba Menggunakan Pengetahuan Tradisional India’ yang sedang dijalankan di kabin sementara kampus berkenaan.

“Saya sendiri menyapu bahan itu. Tiada mudarat menggunakan bahan semula jadi. Namun ada pihak menyebarkan maklumat tanpa mengetahui fakta sebenar,” katanya kepada agensi berita PTI.

Video itu dipercayai dikongsi sendiri oleh beliau dalam kumpulan WhatsApp melibatkan pensyarah, menunjukkan penggunaan najis lembu di Blok C dengan tujuan menambahbaik suasana pengajaran.

Bagaimanapun, tindakan tersebut menerima kritikan, termasuk daripada pensyarah Vijender Chauhan yang mempersoalkan imej akademik kolej itu dan kebolehpasaran graduannya.

Kolej Laxmibai ditubuhkan pada 1965 dan terletak di Ashok Vihar, Delhi. Ia dinamakan sempena pejuang kemerdekaan Rani Lakshmibai dan diuruskan oleh kerajaan negeri Delhi. -The Merdeka Times

Author