Connect with us

Terkini

KTMB tolak cadangan bekas editor sukan, Johnson Fernandez tukar nama Keretapi Tanah Melayu yang dianggap ketinggalan zaman

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
  • Pengendali perkhidmatan kereta api, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menolak cadangan bekas editor sukan, Johnson Fernandez supaya nama syarikat itu ditukar kerana disifatkan sudah ketinggalan zaman (lapuk), dengan berpandangan langkah sedemikian adalah tidak perlu.
  • Dalam satu kenyataan dipetik Free Malaysia Today kelmarin, syarikat itu berkata KTMB adalah satu nama syarikat yang berperanan untuk menyatukan identiti korporatnya, namun ia bukan jenama utama buat pengguna.
  • “KTMB yang ditubuhkan pada 1885, kaya dengan sejarah dan menjadi sebahagian penting dalam pembangunan negara. Nama Keretapi Tanah Melayu itu sendiri mencerminkan warisan tersebut. Namun, seiring evolusi negara, KTMB juga telah berubah
  • “Kami telah mencapai banyak kemajuan dalam meningkatkan perkhidmatan kami, termasuk memperkenalkan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS), menambah baik rangkaian KTM Komuter serta KTM Intercity, yang mencerminkan komitmen kami terhadap pemodenan dan kepuasan pelanggan,” kata syarikat itu.

KUALA LUMPUR — Pengendali perkhidmatan kereta api, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menolak cadangan bekas editor sukan, Johnson Fernandez supaya nama syarikat itu ditukar kerana disifatkan sudah ketinggalan zaman (lapuk), dengan berpandangan langkah sedemikian adalah tidak perlu.

Dalam satu kenyataan dipetik Free Malaysia Today kelmarin, syarikat itu berkata KTMB adalah satu nama syarikat yang berperanan untuk menyatukan identiti korporatnya, namun ia bukan jenama utama buat pengguna.

Jelasnya, walaupun nama itu terkait dengan konteks sejarah dan nilai warisan, namun perkhidmatannya tetap berkembang seiring keperluan pengangkutan moden.

“KTMB yang ditubuhkan pada 1885, kaya dengan sejarah dan menjadi sebahagian penting dalam pembangunan negara. Nama Keretapi Tanah Melayu itu sendiri mencerminkan warisan tersebut. Namun, seiring evolusi negara, KTMB juga telah berubah.

“Kami telah mencapai banyak kemajuan dalam meningkatkan perkhidmatan kami, termasuk memperkenalkan Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS), menambah baik rangkaian KTM Komuter serta KTM Intercity, yang mencerminkan komitmen kami terhadap pemodenan dan kepuasan pelanggan,” kata syarikat itu.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas surat daripada bekas editor sukan, Johnson Fernandez yang mencadangkan supaya nama syarikat kereta api tersebut diubah agar lebih selari perkembangan semasa.

Johnson berpendapat nama Keretapi Tanah Melayu sudah ketinggalan zaman memandangkan tren hari ini digerakkan oleh elektrik, manakala Tanah Melayu merujuk kepada Malaya.

Syarikat itu menyambut cadangan penukaran nama tersebut sebagai “maklum balas awam yang bernas”, dan menyifatkannya sebagai peluang untuk menjelaskan sebarang kekeliruan masyarakat.

“Walaupun nama Keretapi Tanah Melayu menggambarkan konteks sejarah, perkhidmatan KTMB bersifat ke hadapan, merangkumi kemajuan teknologi dan penambahbaikan berteraskan pelanggan.

“Nama korporat ini mengekalkan warisannya, manakala penjenamaan untuk perkhidmatan khusus dilakukan bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Fokus kami kekal pada usaha menggerakkan rakyat dan kemajuan, sambil memelihara nama yang membawa legasi sebuah negara,” katanya. — The Merdeka Times

Author