Connect with us

Terkini

Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang: Siasatan dalaman masih dijalankan – Fadhlina

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung.
  • “Kita tidak akan berkompromi dalam soal-soal yang melibatkan siasatan ini. Kita bagi ruang kepada siasatan penuh, sebab saya pun mahukan siasatan penuh dijalankan supaya tidak diulangi kesilapan yang bagi saya telah memberikan kesan besar.
  • “Isu Jalur Gemilang bukan main-main, jadi bagi ruang dan kita akan beri komitmen serta sokongan penuh kepada proses siasatan ini,” katanya mengulas perkembangan mengenai insiden berkenaan kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ke-56 2024, di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA — Siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih dijalankan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung.

“Kita tidak akan berkompromi dalam soal-soal yang melibatkan siasatan ini. Kita bagi ruang kepada siasatan penuh, sebab saya pun mahukan siasatan penuh dijalankan supaya tidak diulangi kesilapan yang bagi saya telah memberikan kesan besar.

“Isu Jalur Gemilang bukan main-main, jadi bagi ruang dan kita akan beri komitmen serta sokongan penuh kepada proses siasatan ini,” katanya mengulas perkembangan mengenai insiden berkenaan kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Sukan KPM-MSSM-MILO ke-56 2024, di sini hari ini.

Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dalam laporan analisis itu, menunjukkan Jalur Gemilang yang silap.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *