Connect with us

Antarabangsa

Israel padam ciapan takziah kematian Pope Francis selepas sokongan Pope kepada Palestin tersebar

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Ciapan takziah kepada Pope Francis telah dipadam.
  • Ciapan takziah kepada Pope Francis segera dipadam selepas didedahkan bahawa Pope Francis berhubung setiap hari dengan rakyat Palestin Kristian di Gaza semasa pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku.
  • Kritikan terbuka Pope terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel dikatakan turut menjadi punca ciapan itu dipadam.
  • Ia terutamanya apabila pendirian politik Pope mengenai isu Gaza mula mendapat perhatian meluas orang ramai.

BAITULMAQDIS – Israel memadam ciapan mengenai kematian Pope Francis selepas pendedahan beliau berhubung setiap hari dengan rakyat Palestin beragama Kristian di Gaza.

Pada hari Isnin, akaun rasmi Israel di platform X memuat naik satu mesej takziah berikutan laporan tentang kematian Pope Francis, dengan menyatakan: “Rehatlah dengan tenang, Pope Francis. Semoga ingatan terhadap beliau menjadi satu keberkatan.”

Namun, ciapan itu segera dipadam selepas didedahkan bahawa Pope Francis berhubung setiap hari dengan rakyat Palestin Kristian di Gaza semasa pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku.

Kritikan terbuka Pope terhadap pembunuhan beramai-ramai oleh Israel dikatakan turut menjadi punca ciapan itu dipadam—terutamanya apabila pendirian politik beliau mengenai isu Gaza mula mendapat perhatian meluas orang ramai.

Selain daripada kenyataan oleh Presiden Isaac Herzog, yang menyampaikan takziah kepada dunia Katolik dan berharap agar “ingatan terhadap beliau akan menginspirasi kebaikan dan harapan buat kemanusiaan,” Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Luar Gideon Sa’ar kekal membisu – tiada sebarang kenyataan mahupun ciapan mengenai pemergian Pope itu.

Bagaimanapun, beberapa pegawai Israel lain tidak menyembunyikan alasan di sebalik keheningan ini – ia dikatakan secara langsung berkait dengan kenyataan Pope baru-baru ini mengenai Israel dan perang di Gaza.

Sepanjang tahun lalu, Francis berkata apa yang berlaku di Gaza “bukan perang, tetapi kekejaman,” dan menuduh Israel “mengebom kanak-kanak dan menembak mereka dengan mesingan.”

Pope turut mendakwa bahawa “apa yang berlaku di Gaza mempunyai ciri-ciri pembunuhan beramai-ramai.”

Bekas duta Israel ke Vatican, Raphael Schutz pula menyifatkan tindakan kerajaan haram Israel itu tidak patut, lapor The Jerusalem Post.

“Saya fikir keputusan ini (memadam hantaran di X) satu kesilapan. Kita tidak seharusnya kira siapa betul atau salah selepas seseorang itu meninggal dunia,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kenyataan Pope mengenai isu Palestin dan Israel wajar dikecam dengan tegas dan Israel sepatutnya memberi respon secara diplomatik ketika itu.

“Tetapi kini, kita bukan sahaja bercakap tentang seorang ketua negara, tetapi juga pemimpin rohani kepada lebih satu bilion penganut – hampir 20% daripada manusia di dunia. Saya tidak fikir tindakan ini memberi mesej yang betul,” katanya.

Author