Connect with us

Terkini

Hanya 48 peratus farmasi Muslim sertai panel farmasi zakat

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Perkara itu didedahkan seorang pengguna Facebook Arham Zakaria  yang juga difahamkan pengasas Medtech Healthcare SDN BHD pada Jumaat lalu menerusi satu hantaran Facebook yang memaklumkan satu perbincangan telah diadakan antara Lembaga Zakat Selangor (LZS), wakil farmasi Muslim, doktor, pembekal barangan perubatan, dan MEDKAD mengenai isu Panel Farmasi Zakat.
  • Hampir empat isu utama yang dibincang iaitu antaranya berkenaan kurangnya penyertaan farmasi Muslim sebagai Panel Farmasi Zakat dan ada yang tidak memenuhi syarat seperti tiada lesen perniagaan atau rekod kurang baik.
  • Solusi bagi isu itu adalah MEDTECH/PERFORM (Farmasi Bumiputera Muslim Selangor) akan membantu mengumpul data, membantu farmasi Muslim dalam penyertaan Panel Zakat Farmasi dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya zakat.
  • “(Isu kedua adalah) Proses MEDKAD perlu lebih adil — Farmasi Muslim sering kalah dalam tender kerana faktor jarak dan harga justeru solusi bagi isu itu ialah MEDKAD akan beri kelebihan skor tambahan untuk farmasi Muslim dan luaskan radius tender supaya lebih banyak farmasi Muslim akan mendapat quotation dan menang bidaan.
  • “(Isu ketiga) Farmasi Muslim kurang kompetitif — Kekurangan modal pusingan dan stok menyebabkan LZS terpaksa bergantung pada farmasi bukan Muslim.” — Arham Zakaria.

KUALA LUMPUR — Hanya 48 peratus farmasi Muslim didapati menyertai Panel Zakat, sekali gus menunjukkan tahap penyertaan yang masih rendah daripada kalangan farmasi Muslim dalam perkhidmatan itu.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Facebook Arham Zakaria  yang juga difahamkan pengasas Medtech Healthcare SDN BHD pada Jumaat lalu menerusi satu hantaran Facebook yang memaklumkan satu perbincangan telah diadakan antara Lembaga Zakat Selangor (LZS), wakil farmasi Muslim, doktor, pembekal barangan perubatan, dan MEDKAD mengenai isu Panel Farmasi Zakat.

Arham dalam hantaran itu menyenaraikan hampir empat isu utama yang dibincang iaitu antaranya berkenaan kurangnya penyertaan farmasi Muslim sebagai Panel Farmasi Zakat dan ada yang tidak memenuhi syarat seperti tiada lesen perniagaan atau rekod kurang baik.

Menurut beliau, solusi bagi isu itu adalah MEDTECH/PERFORM (Farmasi Bumiputera Muslim Selangor) akan membantu mengumpul data, membantu farmasi Muslim dalam penyertaan Panel Zakat Farmasi dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya zakat.

“(Isu kedua adalah) Proses MEDKAD perlu lebih adil — Farmasi Muslim sering kalah dalam tender kerana faktor jarak dan harga justeru solusi bagi isu itu ialah MEDKAD akan beri kelebihan skor tambahan untuk farmasi Muslim dan luaskan radius tender supaya lebih banyak farmasi Muslim akan mendapat quotation dan menang bidaan.

“(Isu ketiga) Farmasi Muslim kurang kompetitif — Kekurangan modal pusingan dan stok menyebabkan LZS terpaksa bergantung pada farmasi bukan Muslim.

“Solusi bagi isu itu pula ialah kerjasama dengan MARA (Majlis Amanah Rakyat), TERAJU (Unit Peneraju Agenda Bumiputera), PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Berhad) dan agensi lain untuk bantu modal serta wujudkan rangkaian pembekal Muslim,” kata Arham.

Tambahnya, solusi lain bagi isu tersebut adalah PERFORM/MEDTECH akan membantu mana-mana farmasi Muslim yang tidak mempunyai ‘ready stock’ untuk diberikan kepada asnaf terlebih dahulu dan zakat/MEDKAD perlu membayar Farmasi Panel Zakat secepat mungkin agar tidak membebankan farmasi.

Isu lain menurut beliau adalah kesedaran kepada asnaf dan farmasi panel mengenai amanah dalam membelanjakan agihan zakat, berikutan terdapat beberapa penyelewengan dan ketirisan berlaku di peringkat agihan barangan zakat dalam hal berkenaan.

Foto: Tangkap layaran hantaran Facebook Arham Zakaria.

Jelasnya, antara matlamat beliau dalam isu ini adalah dalam tempoh dua tahun,  panel zakat eksklusif untuk farmasi Muslim sahaja diwujudkan.

“Data menunjukkan hanya 40 peratus sahaja bidaan dimenangi Farmasi Muslim. Justeru itu, kita menyasarkan 60 peratus bidaan akan dimenangi Farmasi Muslim dalam masa terdekat ini.

“Tingkatkan kesedaran amanah zakat dalam kalangan asnaf dan peniaga dan libatkan lebih banyak agensi kerajaan untuk sokong ekonomi Muslim.

“Dengan membantu farmasi Muslim, kitaran ekosistem zakat akan lebih bersepadu dan justeru akan lebih ramai asnaf dapat disantuni untuk menerima bantuan,” kata Arham yang turut mengingatkan bahawa zakat bukan sekadar bantuan, tapi juga pemacu ekonomi ummah.

Isu berkenaan Panel Farmasi Zakat pernah dilapor The Merdeka Times pada awal tahun lalu di mana LZS didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim dalam pelantikan farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnafnya di negeri itu.

Situasi itu menimbulkan persoalan kerana program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat dan seharusnya memberikan keutamaan kepada orang Islam berbanding bukan Islam yang tidak membayar zakat.

Siasatan The Merdeka Times sejak awal Januari 2024 juga mendapati ada daerah di Selangor yang menunjukkan lebih separuh daripada farmasi yang dilantik sebagai panel atau vendor LZS bagi program itu adalah farmasi bukan Muslim. — The Merdeka Times

Author