Connect with us

Terkini

(VIDEO) Jakel: ‘Tanpa bantuan Zaliha, Kita tidak dapat pecah tanah’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Majlis Pecah Tanah Masjid Madani

KUALA LUMPUR — Ketetapan tidak meneruskan sebarang tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak berhubung isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India di sini adalah keputusan Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) sendiri.

Jakel berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan dengan penasihat undang-undang syarikat berkenaan dan selepas mempertimbangkan pendekatan paling damai untuk semua pihak.

Justeru, menurut Jakel adalah tidak adil menuding jari kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa selepas beliau menyatakan pandangan berkemungkinan implikasi undang-undang dan sosial sekiranya isu itu berpanjangan, berdasarkan nasihat pelbagai pihak berwajib.

“Sebelas tahun kami menunggu… Tak wajar nak salahkan Datuk Seri Dr Zaliha kerana tanpa pertolongan beliau, kita tak dapat pecah tanah hari ini (semalam) dan masjid akan siap lagi dua tahun.

“Tapi kalau kita pergi ke proses undang-undang, 10 tahun pun belum tentu (masjid dapat disiapkan)… Saya pun tak tahu saya ada lagi ke tak.

“Jadi kita buat keputusan yang tepat dan saya ucapkan terima kasih kerana YB Datuk Dr Zaliha menolong menyelesaikan isu ini dalam masa satu tahun setengahlah maksimum dia selesaikan isu,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel dalam satu klip video di TikTok @jakelgroup di sini pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan beberapa pihak menyalahkan Zaliha kerana didakwa menghalang Jakel daripada membawa jawatankuasa kuil ke mahkamah selepas 11 tahun rundingan untuk memindahkan kuil di tanah tersebut, yang dibeli syarikat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Mohamed Faroz semalam dilapor mendedahkan bahawa syarikat itu pada asalnya mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, namun dinasihatkan Zaliha agar tidak berbuat demikian yang berpandangan tindakan tersebut boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Mengulas lanjut, Jakel berkata kenyataan disampaikan Mohamed Faroz secara spontan semasa Majlis Pecah Tanah Masjid Madani baru-baru ini tidak berniat untuk meletakkan sebarang kesalahan ke atas Zaliha.

Katanya, penggunaan perkataan ‘menghalang’ dalam ucapan Mohamed Faroz telah menimbulkan kekeliruan meskipun ia bersifat spontan dan tanpa niat memburukkan mana-mana pihak. — The Merdeka Times

Author