Connect with us

Terkini

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara – PM Anwar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebencian tidak kira dari segi perkauman, agama mahupun menghina orang miskin.
  • “Percayalah, kita akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita.
  • “Mudah-mudahan kita buat pertimbangan baik dan tahu antara baik dan buruk, mahrum dan mungkar, hak dan batil. Terutama sekarang di Malaysia ini, kita mesti tumpu dalam soal ini dan jangan izinkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang menimbulkan kebencian tidak kira dari segi perkauman, agama mahupun menghina orang miskin.

“Percayalah, kita akan ambil tindakan sekeras mungkin untuk menghentikan gejala yang membawa malapetaka dan kecelakaan kepada negara kita.

“Mudah-mudahan kita buat pertimbangan baik dan tahu antara baik dan buruk, mahrum dan mungkar, hak dan batil. Terutama sekarang di Malaysia ini, kita mesti tumpu dalam soal ini dan jangan izinkan negara ini dicemari oleh pelampau perkauman dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Syarikat Korporat dan Syarikat Berkaitan Kerajaan di sini semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha kerajaan MADANI menyatukan rakyat daripada pelbagai latar belakang, agama dan bangsa.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah melalui Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan di Facebook berkata tindakan itu juga dapat menjamin perpaduan antara kaum di negara ini kekal mekar dan harmoni. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *