Connect with us

Terkini

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman – PM Anwar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • “Apakah dana ini dana hangus? Tidak. Apa yang dilakukan ialah suntikan ini akan dijadikan modal pinjaman supaya pengurusan baharu, mudah-mudahan, akan mengurus dengan lebih baik, mendapat keuntungan dan membayar semula dana suntikan RM1.1 bilion.
  • “la bukan suntikan dana tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan (MOF) di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd bukanlah ‘dana hangus’ tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman yang perlu dibayar semula.

“Apakah dana ini dana hangus? Tidak. Apa yang dilakukan ialah suntikan ini akan dijadikan modal pinjaman supaya pengurusan baharu, mudah-mudahan, akan mengurus dengan lebih baik, mendapat keuntungan dan membayar semula dana suntikan RM1.1 bilion.

“la bukan suntikan dana tetapi dilaksanakan dalam bentuk pinjaman,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Anwar berkata keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan antarabangsa Ernst & Young (EY) bagi mengenal pasti masalah sebenar dalam syarikat tersebut.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *