Connect with us

Antarabangsa

Penganut Buddha tunjuk perasaan seluruh India, bantah kawalan Hindu di kuil mereka

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Sekumpulan penunjuk perasaan Buddha dari seluruh negara berkumpul di Bodh Gaya, di Bihar, Timur India
  • Penganut Buddha mendakwa beberapa tahun kebelakangan ini, sami Hindu, yang diberi kuasa di bawah Akta Kuil Bodh Gaya 1949, semakin banyak melakukan ritual bertentangan semangat ajaran Buddha.
  • Keadaan menjadi lebih tegang apabila pihak polis mula mengusir sami-sami yang menunjuk perasaan secara paksa.
  • Beberapa organisasi Buddha turut mengadakan perhimpunan di seluruh negara, dari Ladakh yang bersempadan dengan China di utara hingga ke bandar Mumbai di barat dan Mysuru di selatan.

BIHAR — Sekumpulan penunjuk perasaan Buddha dari seluruh negara berkumpul di Bodh Gaya, di Bihar, Timur India untuk menuntut agar kawalan ke atas Kuil Mahabodhi, diserahkan sepenuhnya kepada komuniti Buddha.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pihak polis mula mengusir sami-sami yang menunjuk perasaan secara paksa, lapor Aljazeera.

Beberapa organisasi Buddha turut mengadakan perhimpunan di seluruh negara, dari Ladakh yang bersempadan dengan China di utara hingga ke bandar Mumbai di barat dan Mysuru di selatan.

Menurut Akash Lama, Setiausaha Agung Forum Buddha Seluruh India (AIBF) yang merupakan kumpulan utama mengetuai kempen ini, semakin ramai orang menuju ke Bodh Gaya untuk menyertai tunjuk perasaan utama.

Setiap tahun, penganut Buddha mengunjungi kuil berkenaan kerana percaya lokasi itu sebagai salah satu tempat suci paling penting mereka kerana di situlah Buddha dikatakan mendapat ilham.

Berdasarkan bancian terakhir negara itu pada 2011, India dianggarkan mempunyai kira-kira 8.4 juta penganut Buddha.

Selama 76 tahun yang lalu, kuil ini diuruskan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lapan anggota—empat penganut Hindu dan empat penganut Buddha—di bawah Akta Kuil Bodh Gaya 1949, mengikut undang-undang negeri Bihar.

Namun, penunjuk perasaan, yang terdiri daripada sami yang mengenakan jubah jingga serta membawa pembesar suara dan sepanduk, turun menuntut pemansuhan akta tersebut dan penyerahan sepenuhnya kuil kepada penganut Buddha.

Mereka mendakwa beberapa tahun kebelakangan ini, sami Hindu, yang diberi kuasa di bawah undang-undang ini, semakin banyak melakukan ritual bertentangan semangat ajaran Buddha.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penganut Buddha telah mengadu kepada pihak berkuasa tempatan, negeri, dan kebangsaan mengenai ritual Hindu yang dilakukan di kuil tersebut.  – The Merdeka Times

Author