Connect with us

Terkini

MACSA bimbang layanan berat sebelah pihak berkuasa dalam isu hina agama

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar (kiri) & Pengerusi MACSA, Datuk Lukman Sheriff Alias (kanan)
  • MACSA amat bimbang dengan layanan tidak adil dan berbeza-beza dalam tindakan pihak berkuasa berkenaan isu penghinaan agama.
  • Pengerusi MACSA, Datuk Lukman Sheriff Alias dan Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar ini kerana apabila agama Islam dihina, siasatan sering dilihat ditangguhkan dan pesalah hanya dikenakan hukuman ringan, walaupun perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan dan kesedihan umat Islam.
  • Situasi itu berbeza apabila tindakan pantas dapat dilihat dilakukan terhadap penyampai radio Era FM dalam insiden yang dilaporkan seolah-olah mereka memperolok-olokkan amalan agama Hindu yang sekali gus mewujudkan persepsi bahawa penguatkuasaan undang-undang bersifat selektif dalam isu sebegini.
  • “Pihak berkuasa kini harus membuktikan komitmen mereka terhadap keadilan yang saksama dengan mengkaji semula kes-kes terdahulu yang melibatkan penghinaan terhadap Islam dan memastikan semua komuniti agama mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang,” kata mereka menerusi kenyataan media di Facebook.

KUALA LUMPUR — Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA) amat bimbang dengan layanan tidak adil dan berbeza-beza dalam tindakan pihak berkuasa berkenaan isu penghinaan agama.

Pengerusi MACSA, Datuk Lukman Sheriff Alias dan Pengerusi Bersama MACSA, Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar ini kerana apabila agama Islam dihina, siasatan sering dilihat ditangguhkan dan pesalah hanya dikenakan hukuman ringan, walaupun perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan dan kesedihan umat Islam.

Menurut mereka, situasi itu berbeza apabila tindakan pantas dapat dilihat dilakukan terhadap penyampai radio Era FM dalam insiden yang dilaporkan seolah-olah mereka memperolok-olokkan amalan agama Hindu yang sekali gus mewujudkan persepsi bahawa penguatkuasaan undang-undang bersifat selektif dalam isu sebegini.

Mereka juga mengingatkan bahawa jika pihak berkuasa benar-benar komited dalam mengekalkan keharmonian agama, maka semua kes sebegini tanpa mengira agama terlibat harus ditangani dengan tahap keutamaan dan ketegasan sama.

“Apabila agama Islam dihina, siasatan sering kali ditangguhkan, dan mereka yang bersalah hanya dikenakan hukuman ringan, walaupun perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan dan kesedihan dalam kalangan umat Islam.

“Sebaliknya, tindakan pantas terhadap penyampai radio Era FM mewujudkan persepsi bahawa penguatkuasaan undang-undang bersifat selektif…. Layanan berat sebelah ini tidak boleh diterima.

“Pihak berkuasa kini harus membuktikan komitmen mereka terhadap keadilan yang saksama dengan mengkaji semula kes-kes terdahulu yang melibatkan penghinaan terhadap Islam dan memastikan semua komuniti agama mendapat perlindungan yang sama di bawah undang-undang. 

“Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan memperdalam rasa tidak puas hati serta menghakis keyakinan rakyat terhadap Malaysia,” kata mereka menerusi kenyataan media di Facebook.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook MACSA

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook MACSA

Untuk membuktikan wujud tindakan berat sebelah dalam kes sebegini, Lukman dan Profesor Dr Rafidah menyenaraikan beberapa kes penghinaan terhadap Islam yang berlaku sekitar tahun 2023 dan terkini.

Antaranya kes membabitkan seorang juruteknik, Chiok Wai Loong yang hanya dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 kerana memuat naik kandungan menghina berkaitan stoking yang memaparkan perkataan “Allah”.

Menurut mereka, walaupun Wai Loong menerima kecaman hebat dan banyak laporan polis dibuat, hukuman dikenakan terhadap dia adalah ringan berbanding keseriusan kesalahan dilakukan.

Selain itu, seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana mempermainkan ucapan ‘salam’ dalam Islam menerusi satu video yang tular.

Walaupun lelaki terbabit didakwa di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, namun siasatan mengambil masa yang lama dan tidak dilaksanakan dengan tahap keutamaan seperti kes-kes lain.

“(Kes terbaharu membabitkan) Cecilia Yap dan Harith Iskander menghina nama Nabi Muhammad dan agama Islam di mana laporan polis telah dibuat seawal 21 Januari 2025, (namun) hanya dikenakan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 semalam (kelmarin) 5 Mac 2025, selepas orang ramai mendesak pihak berkuasa untuk memberikan perkembangan terkini mengenai kes tersebut.

“Kes-kes ini jelas menunjukkan tindakan berat sebelah yang membimbangkan,” kata mereka dalam kenyataan itu yang turut disokong oleh ahli-ahli Gabungan MACSA serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *