Connect with us

Terkini

Longgarkan pengeluaran KWSP berlebihan umpama ‘hukum’ pencarum di hari tua – PM Anwar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Langkah membuka ruang secara luas untuk pencarum KWSP mengeluarkan simpanan mereka sebelum sampai tempohnya, tidak ubah seperti ‘menghukum’ pencarum apabila sudah beransur tua dan bersara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Prinsip yang dipegang tidak ada kelonggaran pengeluaran berlebihan kerana KWSP adalah simpanan untuk hari tua.

KUALA LUMPUR — Langkah membuka ruang secara luas untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka sebelum sampai tempohnya, tidak ubah seperti ‘menghukum’ pencarum apabila sudah beransur tua dan bersara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata sejak puluhan tahun lepas malah ketika beliau menjadi Menteri Kewangan sebelum ini pun, prinsip yang dipegang tidak ada kelonggaran pengeluaran berlebihan kerana KWSP adalah simpanan untuk hari tua.

“KWSP telah keluar kenyataan bahawa majoriti pencarum terutama dalam kalangan masyarakat Melayu punyai simpanan yang sangat kecil. Jadi membuka ruang itu akan menimbulkan masalah dalam beberapa tahun lagi tatkala mereka bersara.

“Adakalanya beberapa pengecualian diberikan dan kelonggaran, banyak kes rayuan khusus diberi pertimbangan khas terutama dalam keadaan keuzuran dan sebagainya.

“Jadi kerajaan kena melakukan kesimbangan ini di antara menyelesaikan masalah mendesak segera atau menghukum mereka, mendera dalam keadaan mereka tiada keupayaan lain,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.– BERNAMA

Author