Connect with us

Terkini

Iklan jawatan kosong Mixue didakwa berbaur diskriminasi kaum

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Iklan jawatan kosong Mixue
  • Pengguna Instagram, Mohanney mendakwa berlakunya diskriminasi terhadap orang India dalam iklan jawatan kosong  Mixue.
  • “Saya terjumpa iklan pekerjaan di Mixue Sri Sinar, ia dengan jelas menyatakan bahawa kriteria pengambilan adalah ‘Melayu dan Cina dengan pengalaman'” – Mohanney.
  • Seolah-olah bertindak balas daripada isu panas yang boleh menjejaskan jenama mereka itu,  Mixue telah melancarkan kempen “Make Us One” di hantaran media sosial Facebooknya yang mempromosi kepelbagaian kaum tenaga kerjanya.

KUALA LUMPUR — “Jadi, orang India (dan lain-lain) boleh menjadi pelanggan, tetapi tidak dianggap cukup layak untuk menjadi pekerja?”

Itu antara kandungan hantaran seorang pengguna Instagram, Mohenney yang merujuk kepada poster iklan jawatan kosong terbaru dikeluarkan cawangan Mixue Sri Sinar di Segambut yang didakwa berbaur diskriminasi kaum.

Poster berkenaan mengiklankan kekosongan untuk jawatan kru perkhidmatan dan penyelia, dengan menyatakan bahawa gaji adalah boleh dirunding melalui temuduga.

Bagaimanapun, ia turut meletakkan Melayu dan Cina sebagai kriteria calon pekerja.

“Saya terjumpa iklan pekerjaan di Mixue Sri Sinar, ia dengan jelas menyatakan bahawa kriteria pengambilan adalah ‘Melayu dan Cina dengan pengalaman’,” kata Mohenney dalam satu hantaran di Instagram miliknya, yang turut disertakan dengan gambar poster berkenaan.

Moheney berkata walaupun Mixue telah berkembang menjadi rangkaian makanan dan minuman terbesar di dunia, amalan pengambilan pekerjanya nampaknya mempunyai cerita yang berbeza.

“Kenapa kami diketepikan dari peluang pekerjaan seperti ini? Setiap orang berhak mendapat peluang yang sama untuk bekerja, tanpa mengira kaum mereka.

“Ini tahun 2025, bukankah kita sepatutnya bergerak ke arah inklusiviti, bukan diskriminasi?” katanya.

Seolah-olah bertindak balas daripada isu panas yang boleh menjejaskan jenama mereka itu,  Mixue telah melancarkan kempen “Make Us One” di hantaran media sosial Facebooknya yang mempromosi kepelbagaian kaum tenaga kerjanya.

Dalam kenyataan terbarunya, Mixue Malaysia menjelaskan poster iklan jawatan kosong tersebut ditampal oleh cawangan persendirian dan tidak melambangkan polisi syarikat secara menyeluruh.

“Kami menghormati kepelbagaian dan komited mewujudkan persekitaran yang terbuka, inklusif dan mesra untuk pekerja dari pelbagai latar belakang,” jelas kenyataan itu.  — The Merdeka Times

Author