Connect with us

Terkini

Hina agama : Kerajaan perlu bertindak adil bagi tangani persepsi ‘double standard’

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong
  • Kerajaan perlu memberi penjelasan yang boleh diterima rakyat bahawa tiada ‘double standard’ dalam memberi reaksi berkenaan isu hina agama sebagaimana ia menjadi persepsi segelintir masyarakat ketika ini.
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata rakyat perlu tahu alasan di sebalik sesuatu kes hina agama itu lambat dikenakan tindakan dan sebagainya supaya mereka memahami situasi berlaku serta tidak mempunyai persepsi bahawa ada double standard.
  • “Kerajaan harus adil maknanya kalau dakwa kedua-duanya di mahkamah, bukan satu pihak di mahkamah, satu pihak lagi tak didakwa di mahkamah pun. 
  • “Yang kedua, kerajaan harus kelihatan adil… dalam dua kes ini adalah kadar waktu, mesti tak boleh satu itu segera, satu itu lambat,” katanya kepada The Merdeka Times hari ini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan perlu memberi penjelasan yang boleh diterima rakyat bahawa tiada ‘double standard’ dalam memberi reaksi berkenaan isu hina agama sebagaimana ia menjadi persepsi segelintir masyarakat ketika ini.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata rakyat perlu tahu alasan di sebalik sesuatu kes hina agama itu lambat dikenakan tindakan dan sebagainya supaya mereka memahami situasi berlaku serta tidak mempunyai persepsi bahawa ada double standard.

Kok Seong berkata dalam hal ini juga kerajaan perlu bertindak secara adil dan tindakan diambil harus kelihatan mempunyai keadilan.

Sebagai contoh, beliau membangkitkan isu seorang penjual jagung berbangsa Melayu-Islam yang didakwa di mahkamah (terkait papan tanda berbaur perkauman), sementara dalam kes berbeza pelawak dan netizen terbabit isu hina agama Islam berkenaan ham tidak pula dikenakan tindakan sama sebaliknya hanya didenda Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Rakyat melihat (tindakan itu sebagai) tidak adil… (Jadi) Kerajaan harus adil maknanya kalau dakwa kedua-duanya di mahkamah, bukan satu pihak di mahkamah, satu pihak lagi tak didakwa di mahkamah pun. 

“Yang kedua, kerajaan harus kelihatan adil… dalam dua kes ini adalah kadar waktu, mesti tak boleh satu itu segera, satu itu lambat. 

“Segera dan lambat itu pasti ada sebabnya dan di situlah kerajaan perlu menjelaskan kepada rakyat supaya rakyat tidak ada persepsi double standard ini,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada benar ada double standard daripada pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa dalam memberi reaksi berhubung isu hina agama, khususnya membabitkan agama Islam.

Ini susulan terdapat netizen dan agamawan dilihat mempersoalkan tindakan pihak kerajaan yang seakan-akan bersikap ‘double standard’ dalam memberi reaksi terhadap isu menghina agama, khususnya apabila membabitkan agama Islam yang berlaku dalam negara.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata kerajaan perlu belajar daripada insiden berkenaan supaya mereka dapat menangani isu hina agama lebih baik pada masa akan datang. — The Merdeka Times

Author