Connect with us

Antarabangsa

Hamas tolak cadangan Mesir: “Biar rakyat Palestin sendiri tentukan masa depan Gaza”

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri
  • “Masa depan Gaza hanya perlu ditentukan oleh rakyat Palestin” – Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri.
  • Hamas menolak sebarang usaha untuk melaksanakan projek atau sebarang bentuk pentadbiran yang tidak membabitkan rakyat Palestin.
  • Bantahan itu termasuk sebarang cadangan yang melibatkan kehadiran mana-mana pasukan tentera asing di tanah Jalur Gaza.

GAZA — Hamas menentang keras cadangan Mesir berkaitan pelan pembangunan semula Gaza yang akan menggantikan pemerintahan wilayah itu dengan kerajaan sementara.

Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan Hamas menolak sebarang campur tangan asing dalam proses pembangunan dan pemulihan Gaza.

“Masa depan Gaza hanya perlu ditentukan oleh rakyat Palestin sendiri. Hamas menolak sebarang usaha untuk melaksanakan projek atau sebarang bentuk pentadbiran yang tidak membabitkan rakyat Palestin.

“Bantahan itu termasuk sebarang cadangan yang melibatkan kehadiran mana-mana pasukan tentera asing di tanah Jalur Gaza,” tegasnya.

Malah seorang pegawai Palestin turut menegaskan Gaza mesti dikendalikan oleh rakyat Palestin, dengan koordinasi sebuah jawatan kuasa dianggotai golongan pakar dan profesional dari Palestin.

Sementara itu, Amerika Syarikat dalam kenyataannya sekali lagi mengulangi pendirian presidennya, Donald Trump bahawa Hamas tidak boleh memerintah Gaza.

Namun, Trump berkata beliau mengalu-alukan cadangan dari rakan negara Arab berkaitan pentadbiran Gaza. – The Merdeka Times

Author