Connect with us

Terkini

Dunia Palestin terbit e-komik eksklusif Yahya Sinwar

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: E-komik Yahya Sinwar

Dunia Palestin melancarkan e-komik eksklusif bertajuk Yahya Sinwar: Pemuda yang Kuat Keazaman Islam, mengisahkan perjalanan hidup pemimpin pejuang Palestin, Al-Syahid Yahya Sinwar, berdasarkan kisah yang diceritakan oleh sahabat baiknya, Dr. Ma’mun Abu Amer.

Menerusi kenyataan pada Ahad, Dunia Palestin memaklumkan e-komik itu membawa pembaca melalui kisah perjuangan Yahya Sinwar dan rakan-rakannya pada zaman muda dalam bentuk ilustrasi menarik.

“E-komik ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat, khususnya generasi muda dengan sejarah perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang lebih interaktif,” menurut kenyataan itu.

Dunia Palestin turut mengajak orang ramai membaca e-komik bersama ahli keluarga bagi memahami lebih mendalam kisah perjuangan Palestin.

E-komik Yahya Sinwar kini boleh didapati melalui duniapalestin.com dengan harga RM5. – The Merdeka Times

Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *