Connect with us

Antarabangsa

China tolak cadangan AS mengenai Gaza, sokong pelan damai diketuai negara Arab

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Menteri Luar China, Wang Yi
  • “China menyokong pelan pemulihan keamanan di Gaza yang dipelopori oleh Mesir dan negara-negara Arab lain. Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Palestin,” – Menteri Luar China, Wang Yi.
  • Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perubahan secara paksa terhadap status Gaza hanya akan mencetuskan “kekacauan baharu.”
  • Wang menggesa masyarakat antarabangsa untuk mendesak gencatan senjata yang berkekalan, meningkatkan bantuan kemanusiaan, dan menegakkan prinsip rakyat Palestin mentadbir Palestin.

BEIJING – Menteri Luar China, Wang Yi, menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengambil alih kawalan ke atas Gaza, lapor Agensi Berita Xinhua pada Jumaat.

“China menyokong pelan pemulihan keamanan di Gaza yang dipelopori oleh Mesir dan negara-negara Arab lain. Gaza adalah milik rakyat Palestin dan merupakan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada wilayah Palestin,” kata Wang dalam sidang media semasa sesi perundangan tahunan China.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang perubahan secara paksa terhadap status Gaza hanya akan mencetuskan kekacauan baharu.

Wang menggesa masyarakat antarabangsa untuk mendesak gencatan senjata yang berkekalan, meningkatkan bantuan kemanusiaan, dan menegakkan prinsip rakyat Palestin mentadbir Palestin.

Beliau mengulangi sokongan China terhadap penubuhan negara Palestin serta penyelesaian dua negara sebagai asas dalam menyelesaikan konflik di Timur Tengah.

“Semua puak Palestin perlu melaksanakan Deklarasi Beijing untuk mencapai perpaduan dan memperkukuh diri,” katanya sambil menyeru usaha global dalam mempromosikan keamanan antara Palestin dan Israel.

“China akan terus berusaha secara tegas untuk keadilan, keamanan, dan pembangunan bagi rakyat Timur Tengah,” tambahnya.  -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *