Terkini
(VIDEO) Peningkatan HIV, isteri wajar ragu jika suami terlalu ‘mesra’ dengan kenalan lelaki – Doktor

KUALA LUMPUR — Pakar Perunding Perubatan Keluarga menasihatkan kelompok isteri supaya menyimpan sedikit rasa tidak percaya kepada suami sekiranya si suami terlalu rapat dengan kenalan lelaki lain berikutan wujud kes suami mempunyai pasangan lain yang sama jantina dan kemudiannya dijangkiti HIV.
Ini kerana menurut Dr Sakinah Sulong untuk 10 tahun pertama atau diperingkat awal kebiasaan HIV tidak menunjukkan sebarang tanda sehinggalah sistem imun mereka sudah terlalu lemah (CD4 kurang daripada 200) dan mereka mula mengalami jangkitan seperti pneumonia, kanser kulit, jangkitan mata, atau abses otak.
Dr Sakinah kata situasi dihadapi si suami yang sudah dijangkiti HIV daripada pasangan lain itu kemungkinan tidak pun disedari si isteri.
“Apabila imuniti badan sangat turun, apabila CD4 kurang daripada 200, baru dia akan ada infection, katakan pneumonia, ataupun kanser kulit, ataupun jangkitan pada mata, ataupun brain abscess semua ini berlaku pada tahap terakhir sudah 10 atau 15 tahun.
“Jadi, untuk peringkat awal, mungkin isteri tidak perasan pun sebab itu saya kata, jika bagi pesakit muda yang pernah kita jumpa, isteri mengandung… Biasanya orang yang mengandung ni masih muda dan turn out suami mempunyai HIV yang dia dapat daripada pasangan (songsang) dia.
“So benda itu most of the time tiada simptom until it becomes too late… Saya rasa sebagai isteri kita kena ada simpan rasa tak percaya sekiranya suami, kalau dulu kita kata apabila suami rapat dengan seorang perempuan lain, tapi hari ini, saya kata, tidak,” katanya ketika menjadi panel di episod terbaru program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk,”Lelaki Homoseksual, Penghidap HIV Tertinggi, Apa Sudah Jadi Dengan Malaysia?”.
Dr Sakinah berkata demikian ketika diminta menjelaskan bagaimana cara untuk ibu bapa dan isteri mengenal pasti simptom-simptom pesakit HIV.
Program terbitan Studio Merdeka itu bersiaran di YouTube The Merdeka Times dengan turut menampilkan Profesor Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Penulis Ebook Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Dalam pada itu, Dr Sakinah dan Profesor Dr Rafidah Hanim mengingatkan semua individu supaya tidak terjebak dengan pornografi.
Ini kerana menurut Profesor Rafidah Hanim, apabila seseorang individu itu sering menonton pornografi heteroseksual (hubungan berlainan jantina) ia akan menyebabkan dia menjadi ‘numb’ atau tidak lagi rasa terangsang atau puas dengan kandungan sebegitu sebaliknya ia menginginkan mencari pengalaman seksual yang lebih mencabar atau ‘thrill’.
“Pornografi ini, kita kata, ia mempunyai tingkatan… Apabila you melihat banyak sangat pornografi heteroseksual, you dah ada numb macam dah banyak sangat you tengok so you nak pergi higher up sama ada mula (dengan) sadist atau BDSM, termasuklah juga yang luar tabi’i.
“It all starts from there… Jaranglah ia berlaku sebab tiba-tiba saja selalunya macam itu jadi, apabila dia sudah numb, dengan isteri pun dia tidak merasakan kenikmatan itu jadi, dia akan higher up dan nak more thrill,” kata Rafidah Hanim. — The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login