Connect with us

Antarabangsa

Trump tubuh pejabat agama di Rumah Putih, basmi berat sebelah anti-Kristian

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan sebuah pejabat agama di Rumah Putih dan mengarahkan Peguam Negara, Pam Bondi, untuk mengetuai pasukan petugas khas bagi membasmi apa yang beliau sifatkan sebagai berat sebelah anti-Kristian dalam kerajaan persekutuan.
  • Tugas pasukan khas itu untuk menghentikan serta-merta semua bentuk sasaran dan diskriminasi anti-Kristian yang sangat buruk dalam kerajaan persekutuan, termasuk di DOJ (Jabatan Kehakiman), IRS, FBI dan agensi-agensi lain.

AMERIKA SYARIKAT — Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan sebuah pejabat agama di Rumah Putih dan mengarahkan Peguam Negara, Pam Bondi, untuk mengetuai pasukan petugas khas bagi membasmi apa yang beliau sifatkan sebagai bias anti-Kristian dalam kerajaan persekutuan.

Dalam ucapannya pada satu majlis di Capitol AS, Trump berkata tugas pasukan khas itu adalah untuk menghentikan serta-merta semua bentuk sasaran dan diskriminasi anti-Kristian dalam kerajaan persekutuan, termasuk di DOJ (Jabatan Kehakiman), IRS, FBI dan agensi-agensi lain.

Beliau berikrar bahawa Peguam Negaranya akan berusaha keras bagi mendakwa setiap keganasan dan vandalisme yang dilakukan oleh golongan anti-Kristian terhadap penganut agama Kristian.

“Kita akan berusaha keras untuk mempertahankan hak orang Kristian dan penganut agama di seluruh negara,” tegas Trump.

Presiden AS itu bagaimanapun tidak menyebut contoh spesifik mengenai bias anti-Kristian dalam ucapannya.

Namun sebelum ini Trump pernah mendakwa bahawa pentadbiran Biden menggunakan kerajaan persekutuan untuk mensasar orang Kristian secara khusus.

Tindakan yang diumumkan Khamis lalu ini menimbulkan persoalan perlembagaan mengenai pemisahan antara gereja dan negara, dengan Pindaan Pertama Perlembagaan AS yang mengehadkan sokongan kerajaan terhadap agama.

Trump, yang telah menjadi tokoh de facto bagi Kristian konservatif Amerika, sering kali merujuk kepada pengurapan agama sejak beliau terselamat daripada cubaan pembunuhan tahun lalu.

“Ramai orang  memberitahu saya bahawa Tuhan menyelamatkan hidup saya untuk satu sebab,” kata Trump kepada penyokongnya di acara-acara di seluruh negara. -The Merdeka Times

Author