Connect with us

Antarabangsa

Trump sokong rancangan Mesir bangun semula Gaza tanpa sebarang pengusiran

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi (Kiri) & Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (Kanan)
  • Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Mesir kepada media Middle East Eye (MEE).
  • Menurut pegawai yang enggan dikenali itu, Mesir dan Jordan percaya mereka berjaya menghalang Trump daripada meneruskan hasratnya untuk mengusir serta memindahkan penduduk Palestin dari Gaza.
  • “Ini akan menjadi rancangan Mesir yang diterima pakai dan disokong oleh negara-negara Arab. Itulah yang telah dipersetujui oleh Trump,” kata pegawai tersebut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor menyokong pelan Mesir bagi pembangunan semula Gaza. Perkara itu dimaklumkan seorang pegawai kanan Mesir kepada media Middle East Eye (MEE).

Menurut pegawai yang enggan dikenali itu, Mesir dan Jordan percaya mereka berjaya menghalang Trump daripada meneruskan hasratnya untuk mengusir serta memindahkan penduduk Palestin dari Gaza.

“Ini akan menjadi rancangan Mesir yang diterima pakai dan disokong oleh negara-negara Arab.

“Itulah yang telah dipersetujui oleh Trump,” kata pegawai tersebut.

Tambah pegawai tersebut, lawatan Raja Abdullah II dari Jordan ke Washington penting dalam meyakinkan Trump untuk membatalkan rancangannya untuk mengosongkan Gaza daripada penduduk Palestin.

Kaherah dan negara-negara Arab lain turut menganggap hasil pertemuan Abdullah sebagai satu kemenangan.

“Raja Abdullah tidak secara terbuka menentang cadangan Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza namun raja itu secara peribadi memberi amaran kepada Trump bahawa rancangannya boleh mencetuskan ekstremisme Islam dan menyebabkan kejatuhan kerajaan-kerajaan pro-AS di seluruh rantau tersebut,” jelas pegawai tersebut. -The Merdeka Times

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *