Connect with us

Terkini

Tiada DNA babi dalam sandwich ‘ham’, pengeluar berdepan 14 tuduhan salah guna sijil halal

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohamad Ali
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohamad Ali, perkara itu disahkan menerusi laporan Jabatan Kimia bertarikh 20 Januari lalu.
  • “Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA porcine dan sebagainya. Laporan daripada Jabatan Kimia, pihak yang berautoriti, mengesahkan bahawa tidak ada DNA porcine dalam semua sampel semua jenis perisa tersebut,” katanya.

KUALA LUMPUR – Tiada unsur DNA babi dalam semua sampel setiap perisa sandwic ‘ham & cheese’ yang tular sebelum ini kerana didapati menyalahgunakan logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohamad Ali, perkara itu disahkan menerusi laporan Jabatan Kimia bertarikh 20 Januari lalu.

“Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA porcine dan sebagainya. Laporan daripada Jabatan Kimia, pihak yang berautoriti, mengesahkan bahawa tidak ada DNA porcine dalam semua sampel semua jenis perisa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Sentuhan Kasih, Jualan Rahmah Madani dan Advokasi Kepenggunaan di Bandar Ramai-Ramai semalam.

Sebelum ini, Universiti Malaya mengarahkan penutupan dua premis kedai serbaneka 24 jam dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut mengesahkan ‘sandwich ham & cheese’ dijual di kedai serbaneka itu tidak mempunyai sijil pengesahan halal, kesalahan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Pada 24 Januari, syarikat pastri dan pengarah yang membekalkan 366 sandwic pelbagai jenis di sebuah kedai serbaneka di UM didakwa di dua Mahkamah Sesyen atas 14 tuduhan menggunakan logo halal palsu.-The Merdeka Times

Author