Connect with us

Antarabangsa

Serangan kebencian anti-Muslim di UK meningkat tahap tertinggi

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Serangan kebencian anti-Muslim di United Kingdom (UK) meningkat tahap tertinggi tahun lalu, menurut Tell Mama, sebuah organisasi yang memantau Islamofobia di negara itu.
  • Hampir 6,000 laporan diterima Tell Mama disahkan sebagai insiden anti-Muslim.
  • Angka itu catat kenaikan dua kali ganda berbanding laporan pada 2023 dan 2022, dengan menyaksikan lelaki jadi sasaran lebih tinggi berbanding wanita.
  • Pengarah Tell Mama, Iman Atta berkata perubahan itu mencerminkan kesan serius akibat stereotaip terhadap umat Islam yang boleh mencetuskan perpecahan masyarakat dan memburukkan lagi tanggapan palsu terhadap komuniti Muslim.
  • Majoriti kes berlaku secara fizikal melibatkan perbuatan salah laku, termasuk insiden serangan fizikal, diskriminasi, dan vandalisme. Kebanyakan serangan berlaku di kawasan awam seperti jalan raya dan taman, dan sebilangan kecil berlaku di tempat kerja.

Serangan kebencian anti-Muslim di United Kingdom (UK) meningkat ke tahap tertinggi tahun lalu, menurut Tell Mama, sebuah organisasi yang memantau Islamofobia di negara itu.

Hampir 6,000 laporan diterima Tell Mama yang disahkan sebagai insiden anti-Muslim.

Angka itu mencatatkan kenaikan dua kali ganda berbanding laporan diterima pada 2023 dan 2022, dengan menyaksikan lelaki menjadi sasaran lebih tinggi berbanding wanita, buat kali pertama sejak badan itu ditubuhkan pada 2012.

Pengarah Tell Mama, Iman Atta berkata, perubahan itu mencerminkan kesan serius akibat stereotaip terhadap umat Islam yang boleh mencetuskan perpecahan masyarakat dan memburukkan lagi tanggapan palsu terhadap komuniti Muslim.

Keadaan itu diburukkan lagi dengan lonjakan retorik yang secara palsu menggambarkan orang Islam sebagai pengganas atau penyokong pengganas, terutama sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023 serta insiden rusuhan tahun lalu yang tercetus akibat kes pembunuhan di Southport, UK.

Laporan keseluruhan Tell Mama menunjukkan 6,313 kes kebencian anti-Muslim pada 2024, iaitu meningkat 43% berbanding tahun sebelumnya, dengan 5,837 kes disahkan oleh kumpulan itu.

Organisasi berkenaan turut melaporkan peningkatan mendadak dalam insiden luar talian, dengan 3,680 kes dilaporkan—peningkatan 72% dalam tempoh dua tahun.

Majoriti kes yang berlaku secara fizikal melibatkan perbuatan salah laku, termasuk insiden serangan fizikal, diskriminasi, dan vandalisme. Kebanyakan serangan berlaku di kawasan awam seperti jalan raya dan taman, dan sebilangan kecil berlaku di tempat kerja.

Iman juga menegaskan bahawa masyarakat perlu bersatu menentang kebencian dan ekstremisme, selain menggesa individu berpengaruh supaya mengawal penggunaan bahasa dan komunikasi mereka kerana ia boleh mencetus stereotaip terhadap komuniti dan mempengaruhi perbincangan dalam talian serta luar talian.

Mengulas mengenai laporan tersebut, kerajaan UK menegaskan serangan dan kebencian terhadap komuniti Muslim adalah tidak boleh diterima sama sekali dan tidak mempunyai tempat dalam masyarakat UK.

“Kami benar-benar komited untuk merapatkan jurang antara komuniti dan sedang bekerjasama rapat dengan kumpulan komuniti, badan amal, dan rakan kongsi sektor awam untuk menangani sebarang bentuk anasir kebencian,” kata seorang jurucakap kerajaan UK. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *