Connect with us

Antarabangsa

Satu bilion rakyat India tiada wang untuk berbelanja – Laporan

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dianggarkan sekitar 1 bilion daripada 1.4 bilion populasi penduduk di India tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan bagi barangan atau perkhidmatan tambahan.
  • Perkara itu dinyatakan dalam laporan Blume Ventures, sebuah firma dana keusahawanan.
  • Dapatan laporan ini menyokong pandangan lama bahawa pemulihan ekonomi India selepas pandemik adalah berbentuk ‘K-shaped’, di mana golongan kaya menjadi lebih kaya, manakala golongan miskin kehilangan kuasa beli.

NEW DELHI – Dianggarkan sekitar 1 bilion daripada 1.4 bilion populasi penduduk di India tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan bagi barangan atau perkhidmatan tambahan.

Perkara itu dinyatakan dalam laporan Blume Ventures, sebuah firma dana keusahawanan.

Menurut laporan tersebut, kelas pengguna di India hanya 130 hingga 140 juta orang.

Sebanyak 300 juta lagi tergolong dalam kategori pengguna “sedang meningkat” atau “bercita-cita tinggi,” namun mereka adalah pembeli yang berhati-hati.

Selain itu, menurut laporan tersebut, kelas pengguna dalam ekonomi ketiga terbesar Asia ini tidak begitu meluas tetapi lebih kepada ‘mendalam’.

Ini bermakna populasi kaya di India tidak benar-benar berkembang daripada segi bilangan, walaupun mereka yang sudah kaya menjadi lebih kaya lagi.

Keadaan ini membentuk pasaran pengguna negara itu dengan cara yang berbeza, terutamanya mempercepatkan trend “premiumisasi” di mana jenama memacu pertumbuhan dengan memberi tumpuan kepada produk mewah dan dinaik taraf yang memenuhi keperluan golongan berada, berbanding produk untuk pasaran massa.

Trend ini jelas dilihat melalui lonjakan jualan perumahan berpagar ultra-mewah dan telefon pintar premium, walaupun barangan yang ditawarkan dengan harga lebih rendah bergelut untuk mendapat sambutan.

Rumah mampu milik kini hanya merangkumi 18 peratus daripada keseluruhan pasaran hartanah India berbanding 40 peratus lima tahun lalu.

Bagaimanapun barangan berjenama semakin menguasai bahagian pasaran. Malah, “ekonomi gaya hidup” turut berkembang pesat, dengan tiket mahal untuk konsert artis antarabangsa seperti Coldplay dan Ed Sheeran laris terjual.

Syarikat-syarikat yang menyesuaikan diri dengan perubahan ini berjaya berkembang maju, kata Sajith Pai, salah seorang penulis laporan tersebut kepada BBC.

“Mereka yang terlalu fokus pada hujung pasaran massa atau mempunyai campuran produk yang tidak menyentuh segmen premium telah kehilangan bahagian pasaran.”

Dapatan laporan ini menyokong pandangan lama bahawa pemulihan ekonomi India selepas pandemik adalah berbentuk ‘K-shaped’, di mana golongan kaya menjadi lebih kaya, manakala golongan miskin kehilangan kuasa beli. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *