Connect with us

Antarabangsa

Mesir bangunkan pelan pembinaan semula Gaza, tolak cadangan ‘pengambilalihan’ Trump

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Menurut akhbar kerajaan Al-Ahram, Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty berkata Kementerian Luar Mesir sedang aktif membangunkan pelan komprehensif secara berperingkat untuk pemulihan awal dan pembinaan semula Gaza.
  • Arab Saudi akan menjadi tuan rumah pertemuan lima negara di Riyadh pada Khamis ini, melibatkan wakil dari Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, dan Jordan untuk membincangkan cadangan pembinaan semula Mesir bagi Gaza.

MESIR — Kerajaan Mesir sedang membangunkan pelan pembinaan semula Gaza tanpa memindahkan penduduk wilayah Palestin sebagai usaha alternatif yang boleh dilaksanakan terhadap cadangan kontroversi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahu “mengambil alih” semenanjung tersebut dengan mengusir penduduknya.

Menurut akhbar kerajaan Al-Ahram, Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty berkata Kementerian Luar Mesir sedang aktif membangunkan pelan komprehensif secara berperingkat untuk pemulihan awal dan pembinaan semula Gaza.

Mesir dijangka akan menyiapkan pelan tersebut pada minggu depan sementara fasa pertama pelan itu dijangka akan dimulakan selepas sidang tergempar Arab di Kaherah yang dijadualkan pada 27 Februari ini.

Sebelum itu, Arab Saudi akan menjadi tuan rumah pertemuan lima negara di Riyadh pada Khamis ini, melibatkan wakil dari Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, dan Jordan untuk membincangkan cadangan pembinaan semula Mesir bagi Gaza.

Trump telah mencetuskan kemarahan antarabangsa sejak beliau kembali ke Rumah Putih pada penghujung Januari lalu, apabila berulang kali mencadangkan bahawa Amerika Syarikat akan “mengambil alih” dan “memiliki” Gaza, memindahkan secara tetap penduduk Palestin yang berjumlah lebih daripada 2 juta orang, dan membangunkan wilayah tersebut menjadi destinasi percutian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *