Antarabangsa
Menang perang lebih penting daripada bawa pulang tebusan – Menteri Israel

- Menteri Misi Kebangsaan, Orit Strock, berdepan kritikan selepas mengakui bahawa beliau lebih mengutamakan kemenangan penuh dalam peperangan berbanding membawa pulang setiap tebusan.
- “Saya setuju, memenangi perang lebih penting,” Strock mengesahkan sambil menambah bahawa ini telah menjadi konsensus Israel selama sedekad.
- “Nampaknya, Menteri Strock terlupa bahawa dalam agama Yahudi, nyawa manusia adalah yang paling utama!” tulis Ahli Parlimen Yesh Atid, Yasmin Sax Fridman di X/Twitter sebagai maklum balas kepada wawancara tersebut.
JERUSALEM – Menteri Misi Kebangsaan, Orit Strock, berdepan kritikan selepas mengakui bahawa beliau lebih mengutamakan kemenangan penuh dalam peperangan berbanding membawa pulang setiap tebusan.
Kenyataan itu dibuat dalam wawancara bersama Amit Segal di persidangan Arutz Sheva di Jerusalem semalam.
Strock dalam wawancara tersebut dilihat bersetuju dengan Segal yang menyatakan dirinya lebih mementingkan kemenangan dalam peperangan daripada membawa pulang tebusan terakhir.
“Saya setuju, memenangi perang lebih penting,” Strock mengesahkan sambil menambah bahawa ini telah menjadi konsensus Israel selama sedekad.
Selain dikecam rakyatnya, Strock turut menerima ulasan balas berbaur sindiran daripada ahli politik lain.
“Nampaknya, Menteri Strock terlupa bahawa dalam agama Yahudi, nyawa manusia adalah yang paling utama!” tulis Ahli Parlimen Yesh Atid, Yasmin Sax Fridman di X/Twitter sebagai maklum balas kepada wawancara tersebut.
“Sesiapa yang mengibarkan bendera nilai-nilai Yahudi tetapi mengabaikan perintah Pikuach Nefesh [undang-undang Yahudi yang mengutamakan nyawa] perlu melakukan pemeriksaan diri yang mendalam. Malu pada anda,” tambahnya. -The Merdeka Times
