Connect with us

Terkini

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi – Mohamad Sabu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu
  • Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata PM Anwar telah mengumumkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun bagi membolehkan bekalan padi dan beras dapat dikeluarkan secara konsisten.
  • “Isu struktural ini perlu ditangani sewajarnya, sistem pengairan yang telah dibangunkan sejak sekian lama perlu dibuat penyelenggaraan secara berterusan dan hal ini melibatkan kos yang tinggi, sebab itu Perdana Menteri telah umumkan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
  • “Projek infrastruktur ini dilaksanakan berkonsepkan kerjasama awam-swasta dengan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di Kawasan Muda ini akan dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta dan akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat yang terlibat selepas projek siap,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4 Ayer Hitam dekat Jerlun semalam.

JERLUN — Kelemahan sistem pengairan dan saliran di kawasan padi seluruh negara dikenal pasti menjadi penyebab utama kepada pengurangan hasil padi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata berikutan masalah itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun bagi membolehkan bekalan padi dan beras dapat dikeluarkan secara konsisten.

“Isu struktural ini perlu ditangani sewajarnya, sistem pengairan yang telah dibangunkan sejak sekian lama perlu dibuat penyelenggaraan secara berterusan dan hal ini melibatkan kos yang tinggi, sebab itu Perdana Menteri telah umumkan projek itu di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Projek infrastruktur ini dilaksanakan berkonsepkan kerjasama awam-swasta dengan pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur penanaman padi di Kawasan Muda ini akan dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh pihak swasta dan akan dibayar semula oleh kerajaan kepada syarikat yang terlibat selepas projek siap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di Kawasan Muda Fasa 1 di Pida 4 Ayer Hitam dekat sini semalam.

Mohamad berkata Kumpulan Syarikat MMC melalui Syarikat MMC Infra Padi Sdn Bhd telah berjaya membida projek Fasa 1 bagi membangun dan membuat penyelenggaraan 15 Blok Sistem Pengairan Tersier (Projek 1) dan Pembangunan Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu (Projek 2) di bawah Fasa 1 dengan kos RM1 bilion.

“Proses penandatanganan perjanjian konsesi telah diadakan pada 19 Dis lepas. Saya harap kita dapat memperkasakan kembali industri padi bagi memastikan keperluan beras rakyat sentiasa cukup dan terjamin tanpa mengabaikan kebajikan golongan pesawah dan pemain industri.

“Kita harapkan kerjasama erat daripada kerajaan Kedah dan Perlis untuk bersama- sama berganding bahu dengan kerajaan Persekutuan dalam memastikan projek ini dapat disiapkan pada waktu ditetapkan, seterusnya memberi manfaat kepada golongan pesawah,” katanya.– BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *