Antarabangsa
Wanita minum air kencing lembu selama 45 hari selepas tidak sengaja kunjungi restoran ‘non-vegan’

- Gara-gara tidak sengaja mengunjungi sebuah restoran yang menyajikan makanan ‘non-vegetarian’ di Odisha, India seorang wanita terpaksa menebus dosanya dengan meminum air kencing lembu selama 45 hari.
- “Kami terus menuju ke lapangan terbang, dan bukannya pulang ke rumah, kami semua pergi ke Haridwar. Selama 45 hari berikutnya, tiada makanan dimasak di rumah. Setiap hari, kami meminum Panchgavya,” kata ahli astrologi itu.
- Panchgavya, menurut Chaturvedi, adalah minuman yang dibuat daripada lima bahan, termasuk Gomutra (air kencing lembu) dan Gobar (najis lembu).
INDIA – Gara-gara tidak sengaja mengunjungi sebuah restoran yang menyajikan makanan ‘non-vegetarian’ di Odisha, India seorang wanita terpaksa menebus dosanya dengan meminum air kencing lembu selama 45 hari.
Trishla Chaturvedi, seorang ahli astrologi Veda, berkongsi perkara tersebut dalam sebuah episod podcast RealTalk.
Menurut Chaturvedi, dirinya sedang mengikuti ziarah berkumpulan di Puri dan sebelum ke lapangan terbang mereka memutuskan untuk makan tengah hari di sebuah restoran berdasarkan cadangan seseorang.
“Kami pergi ke restoran dan memesan makanan. Selepas sepuluh minit, seseorang datang dan duduk di meja belakang kami, memesan Biryani. Apabila kami berpaling, kami menyedari bahawa Biryani itu adalah hidangan daging.
“Kami semua mula menangis. Rasanya seperti semua amalan baik kami dihapuskan dan kami dibawa ke titik sifar. Jadi, kami segera berlari keluar dari tempat itu, kami tidak dapat bernafas, kami sesak nafas,” jelas Chaturvedi.
Tambahnya, walaupun kumpulannya sudah keluar daripada restoran tersebut namun salah seorang daripada mereka telah terdedah kepada botol air dari restoran tersebut.
“Kami terus menuju ke lapangan terbang, dan bukannya pulang ke rumah, kami semua pergi ke Haridwar. Selama 45 hari berikutnya, tiada makanan dimasak di rumah. Setiap hari, kami meminum Panchgavya,” kata ahli astrologi itu.
Panchgavya, menurut Chaturvedi, adalah minuman yang dibuat daripada lima bahan, termasuk Gomutra (air kencing lembu) dan Gobar (najis lembu).
Petikan video dari episod tersebut telah menjadi tular di media sosial. -The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login