Antarabangsa
Saintis bangunkan perisian AI kesan masa strok

- Saintis telah membangunkan perisian kecerdasan buatan (AI) baharu yang boleh menentukan masa strok dan sama ada rawatan boleh dilaksanakan dengan ketepatan dua kali ganda berbanding kaedah konvensional.
- Perisian itu dibangunkan penyelidik dari Imperial College London di UK, Universiti Teknikal Munich di Jerman dan Universiti Edinburgh di Scotland.
- Agensi berita Anadolu melaporkan mereka melatih model menggunakan imbasan otak daripada 800 pesakit strok dengan pemasaan strok yang diketahui.
- Model itu telah diuji pada data daripada kira-kira 2,000 pesakit, menunjukkan bahawa ia mengatasi kaedah penilaian visual standard dengan memberikan keputusan dua kali lebih tepat dalam menentukan masa strok.
- Perisian itu secara automatiknya mengenal pasti kawasan otak yang berkaitan dalam imbasan dan menganalisis lesi (bahagian organ/tisu rosak akibat luka atau penyakit) untuk menganggarkan bila strok berlaku.
Saintis telah membangunkan perisian kecerdasan buatan (AI) baharu yang boleh menentukan masa strok dan sama ada rawatan boleh dilaksanakan dengan ketepatan dua kali ganda berbanding kaedah konvensional.
Perisian itu dibangunkan penyelidik dari Imperial College London di UK, Universiti Teknikal Munich di Jerman dan Universiti Edinburgh di Scotland.
Agensi berita Anadolu melaporkan mereka melatih model menggunakan imbasan otak daripada 800 pesakit strok dengan pemasaan strok yang diketahui.
Model itu telah diuji pada data daripada kira-kira 2,000 pesakit, menunjukkan bahawa ia mengatasi kaedah penilaian visual standard dengan memberikan keputusan dua kali lebih tepat dalam menentukan masa strok.
Perisian itu secara automatiknya mengenal pasti kawasan otak yang berkaitan dalam imbasan dan menganalisis lesi (bahagian organ/tisu rosak akibat luka atau penyakit) untuk menganggarkan bila strok berlaku.
Penyelidik menekankan keupayaan perisian untuk menggabungkan ciri-ciri tisu dan mengira variasi dalam lesi menyumbang kepada prestasi unggulnya berbanding kaedah imbasan tradisional.
Dr Paul Bentley, salah seorang pengarang kajian, menjelaskan kebanyakan strok disebabkan oleh pembekuan darah boleh dirawat dengan campur tangan perubatan atau pembedahan dalam masa 4.5 jam dari permulaan.
Beliau menekankan rawatan konvensional hanya berkesan pada peringkat awal strok; jika tidak, ia boleh membawa kepada kerosakan sekunder. – The Merdeka Times
