Politik
Isu ‘sandwich ham’: DAPSY kritik Dr Akmal jangan berlagak hero

- Setiausaha Kebangsaan DAPSY Kebangsaan, Lim Chun Weng berkata pihaknya percaya bahawa pihak berkuasa akan menangani isu itu secara professional dan adil, justeru ahli politik terutamanya Dr Akmal tidak perlu berlagak menjadi hero sedangkan pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka.
- “DAPSY juga ingin menekankan bahawa DAPSY bersuara untuk kebaikan tanah air dan rakyat, tidak pernah kami gentar untuk pertembungan dengan mana-mana pihak, maka kami akan lebih lantang bersuara demi satu Malaysia yang lebih Bersatu-padu,” katanya menerusi kenyataan disiarkan di laman web DAP Malaysia pada Selasa.
- Dalam pada itu, tanpa menyatakan kritikan dikeluarkan ditujukan kepada siapa Ketua DAPSY Malaysia, Woo Kah Leong dalam kenyataan hari sama berkata sebagai yang berpendidikan dan faham bahasa, haruslah memahami bahawa wajib tunggu siasatan untuk selesai dijalankan, bukannya berlagak hero dan berperanan sebagai penguatkuasa serta perlu menghormati kedaulatan undang-undang.
- Kah Leong berkata semua warganegara hidup di tanah air ini dengan bangsa, agama dan budaya yang heterogen, masing-masing mempunyai sensitiviti dan ada isu yang hendak diketengahkan, namun jangan sesekali cuba untuk mengambil alih peranan agensi atau penguatkuasa, sebaliknya biarkan JAKIM dan sebagainya untuk menjawab secara profesional untuk sifarkan kegusaran.
- “Kalau tak faham lagi bahasa mudah sedemikian, lebih baik jangan gelar diri sendiri sebagai pembela bangsa, patutnya bekerja sebagai penguatkuasa untuk serbu setiap kilang pembuat ham,” katanya dalam kenyataan bertajuk, ‘Tin kosong lagi diketuk lagi bising, berujar bagai tagar di pulau sembilan’ yang disiarkan di laman web DAP Malaysia semalam.
KUALA LUMPUR — Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan meminta Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh supaya tidak berlagak menjadi hero dalam isu penjualan ‘sandwich ham’ yang mempunyai logo halal di sebuah kedai serbaneka dalam kampus Universiti Malaya (UM).
Setiausaha Kebangsaan DAPSY Kebangsaan, Lim Chun Weng berkata pihaknya percaya bahawa pihak berkuasa akan menangani isu itu secara professional dan adil, justeru ahli politik terutamanya Dr Akmal tidak perlu berlagak menjadi hero sedangkan pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka.
“DAPSY juga ingin menekankan bahawa DAPSY bersuara untuk kebaikan tanah air dan rakyat, tidak pernah kami gentar untuk pertembungan dengan mana-mana pihak, maka kami akan lebih lantang bersuara demi satu Malaysia yang lebih Bersatu-padu,” katanya menerusi kenyataan disiarkan di laman web DAP Malaysia pada Selasa.

FOTO: Tangkap layar kenyataan Lim Chun Weng bertajuk, ‘Mencari penyelesaian bukan pergaduhan’.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menyokong kenyataan Ketua DAPSY Malaysia, Woo Kah Leong bahawa kita perlu mencari penyelesaian bukan pergaduhan dalam isu berkenaan.
“Kami dari DAPSY memahami sensitiviti dalam isu logo halal dan menyokong penuh agar isu ini disiasat oleh pihak berkuasa secara telus. Akan tetapi, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kita perlu turunkan suhu politik, bukan keruhkan keadaan.
“Kenyataan oleh saudara Woo Kah Leong menyarankan pelbagai pihak agar tidak menggunakan isu ini sebagai publisiti politik tetapi serah kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana perpaduan dalam masyarakat adalah antara perkara yang paling penting di Malaysia,” kata Chun Weng.
Dalam pada itu, tanpa menyatakan kritikan dikeluarkan ditujukan kepada siapa Kah Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar dalam kenyataan hari sama berkata sebagai yang berpendidikan dan faham bahasa, haruslah memahami bahawa wajib tunggu siasatan untuk selesai dijalankan, bukannya berlagak hero dan berperanan sebagai penguatkuasa serta perlu menghormati kedaulatan undang-undang.
Kah Leong berkata semua warganegara hidup di tanah air ini dengan bangsa, agama dan budaya yang heterogen, masing-masing mempunyai sensitiviti dan ada isu yang hendak diketengahkan, namun jangan sesekali cuba untuk mengambil alih peranan agensi atau penguatkuasa, sebaliknya biarkan JAKIM dan sebagainya untuk menjawab secara profesional untuk sifarkan kegusaran.
“Kalau tak faham lagi bahasa mudah sedemikian, lebih baik jangan gelar diri sendiri sebagai pembela bangsa, patutnya bekerja sebagai penguatkuasa untuk serbu setiap kilang pembuat ham,” katanya dalam kenyataan bertajuk, ‘Tin kosong lagi diketuk lagi bising, berujar bagai tagar di pulau sembilan’ yang disiarkan di laman web DAP Malaysia semalam.

FOTO: Tangkap layar kenyataan Woo Kah Leong bertajuk, ‘Tin kosong lagi diketuk lagi bising, berujar bagai tagar di pulau sembilan’.
ADUN Pasir Bedamar itu juga mengatakan dalam hal ini pihak universiti terbabit telah mengambil tindakan serta-merta untuk menutup kedai yang kononnya menimbulkan isu dan siasatan sudah dijalankan.
“Mungkin tak faham bahasa atau tak skrol berita tersebut sehingga ingatkan diri sendiri adalah hero segala-galanya dan beria-ria nak wujudkan isu untuk tunjukkan kewujudan sendiri dengan menularkan isu tersebut.
“DAPSY tidak pernah membela sebarang entiti yang mencuba untuk menggugat keharmonian masyarakat. Sekiranya ada pihak yang salah dari segi undang-undang, maka entiti tersebut haruslah berdepannya.
“Tak pernah ada kalangan daripada DAPSY yang menyokong peniaga yang menipu dengan label halal, peniaga yang menipu harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa dengan berlandaskan undang-undang,” kata Kah Leong.
Pada Ahad lalu, Dr Akmal yang ADUN Merlimau menggesa pihak polis untuk menyiasat penjualan ‘sandwich ham’ mempunyai logo halal dalam kampus Universiti Malaya.
Tegasnya, penjualan ‘ham’ atau produk daripada babi dengan mempunyai logo halal tidak boleh diterima pada masa sama beliau turut mempersoalkan jaminan keselamatan produk yang mempunyai logo halal yang dijual rangkaian KK Mart. — The Merdeka Times
