Otomobil
Volkswagen umum keluar dari Wilayah Xinjiang, China selepas 12 tahun beroperasi
- Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen akhirnya memutuskan untuk menutup operasi serta keluar dari Wilayah Xinjiang, China selepas 12 tahun beroperasi di sana.
- Keputusan ini dibuat selepas tekanan hebat daripada aktivis hak asasi manusia yang mengecam syarikat tersebut kerana menjalankan perniagaan di wilayah yang didakwa menekan kumpulan etnik Muslim, termasuk etnik Uighur.
- Volkswagen turut dilapor menggunakan perkhidmatan buruh paksa melibatkan etnik Uighur. Pada masa sama syarikat pengeluar automotif Jerman tersebut juga berdepan persaingan sengit dari syarikat-syarikat tempatan di pasaran automotif terbesar dunia itu.
Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen akhirnya memutuskan untuk menutup operasi serta keluar dari Wilayah Xinjiang, China selepas 12 tahun beroperasi di sana.
Keputusan ini dibuat selepas tekanan hebat daripada aktivis hak asasi manusia yang mengecam syarikat tersebut kerana menjalankan perniagaan di wilayah yang didakwa menekan kumpulan etnik Muslim, termasuk etnik Uighur.
Volkswagen turut dilapor menggunakan perkhidmatan buruh paksa melibatkan etnik Uighur. Pada masa sama syarikat pengeluar automotif Jerman tersebut juga berdepan persaingan sengit dari syarikat-syarikat tempatan di pasaran automotif terbesar dunia itu.
Kilang tersebut dibuka pada tahun 2013, dengan kerjasama rakan kongsi China, SAIC, sebuah kumpulan automotif milik kerajaan Shanghai, untuk memasang model Santana yang pada waktu itu menjadi simbol status sosial di China.
Namun pada 2016, China mula mendirikan kem-kem penahanan besar-besaran di wilayah barat negara tersebut membuatkan kehadiran syarikat pengeluar Barat seperti Volkswagen menjadi semakin sukar untuk beroperasi.
Kehadiran lebih satu juta minoriti Muslim termasuk etnik Uighur di kawasan tersebut berikutan dihantar ke kem tahanan dan dipaksa menjalani polisi indoktrinasi sistematik oleh kerajaan China, menambah lagi kesukaran bagi syarikat-syarikat yang beroperasi di wilayah tersebut.
Pada 2019, jumlah pekerja di kilang tersebut merosot daripada 650 kepada hanya 197 orang. Pada tahun yang sama, akhbar Süddeutsche Zeitung mendedahkan bahawa Volkswagen telah membuat perjanjian dengan pihak polis untuk memberikan latihan patriotik dan ketenteraan kepada pekerja kilang yang mana seperempat daripada mereka adalah etnik Uighur. – The Merdeka Times