Connect with us

Antarabangsa

Menteri ekstremis Israel mahu rampas pembesar suara masjid di Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir
  • Hamas mengutuk keputusan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir untuk merampas pembesar suara masjid di wilayah Palestin yang diduduki.
  • Menteri ekstremis Israel itu dilaporkan menganggap azan sebagai “gangguan bunyi”.
  • Hamas dalam kenyataan pada Ahad yang dipetik Dunia Palestin menyifatkan tindakan itu sebagai satu jenayah serius mencabul kebebasan beragama rakyat Palestin.
  • “Tindakan ini adalah serangan baharu ke atas masjid-masjid kami dan rakyat kami, serta satu percubaan untuk mencetuskan perang agama yang berbahaya,” kata kenyataan Hamas.
  • Kumpulan penentangan Palestin itu turut menyeru penduduk di wilayah Palestin yang diduduki supaya menolak keputusan itu dan mengambil tindakan menghalang pihak berkuasa Israel daripada mencabuli tempat ibadat dan amalan keagamaan mereka.

Hamas mengutuk keputusan Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir untuk merampas pembesar suara masjid di wilayah Palestin yang diduduki.

Menteri ekstremis Israel itu dilaporkan menganggap azan sebagai “gangguan bunyi”.

Hamas dalam kenyataan pada Ahad yang dipetik Dunia Palestin menyifatkan tindakan itu sebagai satu jenayah serius mencabul kebebasan beragama rakyat Palestin.

“Tindakan ini adalah serangan baharu ke atas masjid-masjid kami dan rakyat kami, serta satu percubaan untuk mencetuskan perang agama yang berbahaya,” kata kenyataan Hamas.

Kumpulan penentangan Palestin itu turut menyeru penduduk di wilayah Palestin yang diduduki supaya menolak keputusan itu dan mengambil tindakan menghalang pihak berkuasa Israel daripada mencabuli tempat ibadat dan amalan keagamaan mereka.

Sementara itu, di peringkat antarabangsa, Hamas menggesa Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan badan antarabangsa lain untuk mengecam tindakan itu dan mengambil langkah tegas menghentikan pelanggaran Israel terhadap rakyat Palestin.

Ia juga menekankan perlunya tindakan ke atas pemimpin Israel di atas jenayah yang dilakukan terhadap masjid, penduduk Gaza, Tebing Barat, Baitulmaqdis dan kawasan lain yang diduduki. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *