Connect with us

Terkini

Keterlaluan dan tidak produktif desak King Sing letak jawatan – Ahli Parlimen DAP

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto : Ahli Parlimen DAP, Syerleena Abdul Rashid
  • Ahli Parlimen DAP, Syerleena Abdul Rashid menyifatkan desakan supaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletak jawatan dengan segera sebagai “keterlaluan dan tidak produktif”.
  • Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata daripada mengambil tindakan drastik adalah lebih bermanfaat sekiranya dialog konstruktif diwujudkan untuk menangani isu berbangkit dalam sektor pelancongan.
  • Syerleena berkata demikian kepada The Merdeka Times ketika diminta mengulas tentang petisyen yang dilancarkan untuk mendesak King Sing meletak jawatan dengan segera susulan beliau didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai menteri.
  • Pihak menyokong petisyen itu menyifatkan King Sing sebagai pro-China dan cuba menormalisasikan budaya ‘kecinaan’ yang melampau dalam masyarakat Malaysia.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen DAP, Syerleena Abdul Rashid menyifatkan desakan supaya Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing meletak jawatan dengan segera sebagai “keterlaluan dan tidak produktif”.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata daripada mengambil tindakan drastik adalah lebih bermanfaat sekiranya dialog konstruktif diwujudkan untuk menangani isu berbangkit dalam sektor pelancongan.

“Selama beberapa dekad, papan tanda dalam bahasa Cina, Tamil, dan bahasa lain menghiasi kedai-kedai kita, melambangkan kekayaan dan kepelbagaian budaya masyarakat kita tanpa isu. Jadi mengapa ia menjadi masalah sekarang?

“Mengapi-apikan sentimen perkauman hanya memudaratkan lagi keadaan dan tidak produktif langsung.

“Kita seharusnya meraikannya kepelbagaian kita kerana ia adalah kekuatan kita dan dari segi pembangunan sektor pelancongan – negara kita akan jadi lebih menarik kepada pelancong serta memupuk kebanggaan dan perpaduan nasional bagi rakyat tempatan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang petisyen yang dilancarkan untuk mendesak King Sing meletak jawatan dengan segera susulan beliau didakwa gagal menjalankan tanggungjawab sebagai menteri.

Pihak menyokong petisyen itu menyifatkan King Sing sebagai pro-China dan cuba menormalisasikan budaya ‘kecinaan’ yang melampau dalam masyarakat Malaysia.

Desakan sedemikian timbul susulan pelbagai kontroversi terkait King Sing, termasuk yang terbaharu berkenaan penguatkuasaan peraturan papan dwibahasa, di mana beliau antara lain berkata tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga ada pelancong yang mempersoalkan sama ada Malaysia sebuah negara rasis atau ‘ekstrem’ agama.

Mengulas lanjut, Syerleena berkata menjelang 2025, kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menawarkan peluang yang tiada tandingan untuk mempamerkan kekayaan negara di mana ia juga adalah pentas untuk menonjolkan kepelbagaian budaya di negara ini.

“Ini lebih daripada sekadar peranan kepimpinan—ia adalah pentas untuk menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia.

“Memperkukuhkan lagi hubungan ekonomi dengan China menambahkan lagi potensi negara dan kita perlu faham bahawa pelancongan lebih daripada sekadar sektor—ia menyumbang dengan ketara kepada KDNK kita dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *