Connect with us

Antarabangsa

Israel perlukan $7 bilion setahun untuk kawal Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Sumber keselamatan dan ketenteraan Israel menganggarkan kos kawalan ketenteraan ke atas Gaza pada sekurang-kurangnya 25 bilion shekel setiap tahun atau kira-kira $7 bilion, lapor Pihak Berkuasa Penyiaran Israel.
  • Anggaran menunjukkan kira-kira 20 bilion shekel (lebih $5 bilion) diperlukan untuk membiayai operasi ketenteraan di Gaza, termasuk penyelenggaraan empat divisyen tentera, hari perkhidmatan anggota simpanan dan perbelanjaan lain berkaitan.
  • Kos menjalankan mekanisme pentadbiran awam akan mencecah ratusan juta shekel setahun, dengan tambahan 5 hingga 10 bilion shekel setiap tahun diperlukan untuk penyediaan “perkhidmatan awam asas kepada penduduk Palestin Gaza,” demikian menurut badan penyiaran itu dipetik Al Mayadeen pada Selasa.
  • Pegawai keselamatan sebelum ini menganggarkan kos “mentadbir Gaza” ialah 20 bilion shekel setiap tahun, dengan 400 jawatan baharu ditambah kepada tentera Israel.
  • Perbadanan Penyiaran Israel pula berkata lima divisyen tentera akan “beroperasi” secara tetap di Gaza bagi “mengawasi” populasi 2.3 juta penduduk Palestin.

Sumber keselamatan dan ketenteraan Israel menganggarkan kos kawalan ketenteraan ke atas Gaza pada sekurang-kurangnya 25 bilion shekel setiap tahun atau kira-kira $7 bilion, lapor Pihak Berkuasa Penyiaran Israel.

Anggaran menunjukkan kira-kira 20 bilion shekel (lebih $5 bilion) diperlukan untuk membiayai operasi ketenteraan di Gaza, termasuk penyelenggaraan empat divisyen tentera, hari perkhidmatan anggota simpanan dan perbelanjaan lain berkaitan.

Kos menjalankan mekanisme pentadbiran awam akan mencecah ratusan juta shekel setahun, dengan tambahan 5 hingga 10 bilion shekel setiap tahun diperlukan untuk penyediaan “perkhidmatan awam asas kepada penduduk Palestin Gaza,” demikian menurut badan penyiaran itu dipetik Al Mayadeen pada Selasa.

Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich ketika bercakap pada persidangan Settlement Council dilaporkan menolak kebimbangan kewangan itu dengan mendakwa Israel hanya memerlukan beberapa ratus juta dan bukannya $5 bilion setahun untuk menduduki Gaza.

“Mereka menakutkan saya dengan kos, tetapi tidak ada pembohongan yang lebih besar daripada itu,” kata menteri ekstremis berhaluan kanan itu.

Pegawai keselamatan sebelum ini menganggarkan kos “mentadbir Gaza” ialah 20 bilion shekel setiap tahun, dengan 400 jawatan baharu ditambah kepada tentera Israel.

Perbadanan Penyiaran Israel pula berkata lima divisyen tentera akan “beroperasi” secara tetap di Gaza bagi “mengawasi” populasi 2.3 juta penduduk Palestin.

Perkara itu berlaku ketika rejim Israel mengukuhkan kehadirannya di tengah Gaza dalam beberapa bulan kebelakangan ini dengan membina pangkalan dan merobohkan bangunan, menunjukkan persediaan untuk kawalan jangka panjang berdasarkan imej satelit.

Tentera Israel telah mengawal koridor Netzarim sejauh empat batu di Gaza, menghalang orang yang dipindahkan secara paksa daripada pulang ke bahagian utara Gaza. 

Menurut analisis imej tentera dan satelit Israel, New York Times melaporkan kawasan itu, dari masa ke masa, telah berkembang menjadi zon seluas 18 batu persegi di bawah kawalan Israel.

Dalam tempoh tiga bulan lalu, tentera Israel merobohkan lebih 600 bangunan di sepanjang koridor Netzarim, seolah-olah mewujudkan zon penampan, selain mengembangkan rangkaian pos dilengkapi dengan menara komunikasi dan kubu pertahanan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *