Connect with us

Antarabangsa

Warga Arab Amerika tuntut Trump desak gencatan senjata di Palestin, Lubnan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Donald Trump
  • Warga Arab Amerika yang mengundi Donald Trump di Dearborn, Michigan, yang majoriti penduduk Islam AS, menggesa presiden yang dipilih itu menuntut gencatan senjata segera di Palestin dan Lubnan.
  • Dalam surat disiarkan di Instagram, Dewan Perniagaan Amerika MENA, bagi pihak warga Amerika Lubnan, mengucapkan tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke Rumah Putih dan berkata Dearborn “menjadi merah dalam pilihan raya presiden ini”, merujuk kepada sebutan warna digunakan media untuk parti Republikan.
  • “Sebagai tindak balas kepada surat terkenal anda yang ditujukan kepada rakyat Amerika Lubnan bertarikh 26 Oktober 2024, dan disebabkan oleh peningkatan serangan Israel selepas pilihan raya AS, kami menggesa pentadbiran dan pasukan peralihan anda untuk menggunakan pengaruh politik anda dalam menuntut gencatan senjata segera di Lubnan dan Palestin,” kata surat itu dipetik agensi berita Anadolu pada Rabu.
  • Bandar Dearborn, rumah kepada masjid terbesar di Amerika Utara dan kira-kira 250,000 pengundi Islam, menyaksikan perubahan ketara dari 2020 apabila Joe Biden dari Demokrat memenangi kawasan Michigan dengan kira-kira 150,000 undi, menewaskan Trump (Republikan) ketika itu yang sedang menamatkan penggal pertamanya selaku Presiden AS.

Warga Arab Amerika yang mengundi Donald Trump di Dearborn, Michigan, yang majoriti penduduk Islam AS, menggesa presiden yang dipilih itu menuntut gencatan senjata segera di Palestin dan Lubnan.

Dalam surat disiarkan di Instagram, Dewan Perniagaan Amerika MENA, bagi pihak warga Amerika Lubnan, mengucapkan tahniah kepada Trump atas kepulangannya ke Rumah Putih dan berkata Dearborn “menjadi merah dalam pilihan raya presiden ini”, merujuk kepada sebutan warna digunakan media untuk parti Republikan.

“Sebagai tindak balas kepada surat terkenal anda yang ditujukan kepada rakyat Amerika Lubnan bertarikh 26 Oktober 2024, dan disebabkan oleh peningkatan serangan Israel selepas pilihan raya AS, kami menggesa pentadbiran dan pasukan peralihan anda untuk menggunakan pengaruh politik anda dalam menuntut gencatan senjata segera di Lubnan dan Palestin,” kata surat itu dipetik agensi berita Anadolu pada Rabu.

Kumpulan itu berkata ia sejajar dengan komitmen ke arah keamanan berkekalan yang Trump janjikan dalam surat itu dan secara peribadi semasa menandatangani Plak Keamanan (Peace Plaques).

“Lebih 3.5 juta rakyat Amerika MENA, sebahagian daripada mereka menetap di negeri ayunan (swing state), berbangga kerana telah menyumbang kepada margin kemenangan anda, terutamanya di Michigan, Pennsylvania dan Georgia. Kejayaan anda adalah bukti resonansi anda dengan nilai dan kebimbangan MENA Amerika,” kata surat itu.

Kubu kuat tradisional parti Demokrat di Dearborn, Michigan, yang juga dikenali sebagai ibu kota masyarakat Arab Amerika, menyampaikan teguran menakjubkan kepada Demokrat dalam pilihan raya presiden AS lalu berhubung sokongan parti politik terhadap tindakan Israel di Gaza.

Bandar Dearborn, rumah kepada masjid terbesar di Amerika Utara dan kira-kira 250,000 pengundi Islam, menyaksikan perubahan ketara dari 2020 apabila Joe Biden dari Demokrat memenangi kawasan Michigan dengan kira-kira 150,000 undi, menewaskan Trump (Republikan) ketika itu yang sedang menamatkan penggal pertamanya selaku Presiden AS. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *