Connect with us

Terkini

(VIDEO) Kementerian Pendidikan Afghanistan lawat sekolah perempuan di Malaysia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar klip video dimuat naik pengguna TikTok @oazizah
  • Satu sesi khas Diskusi Ilmiah diadakan sempena Lawatan Kerja Delegasi Kementerian Pendidikan Emiriah Islam Afghanistan (IEA) ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 4 November lalu di Putrajaya, lapor IKIMfm.
  • Dalam diskusi ilmiah itu, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty telah berkongsi amalan pendidikan terbaik di Malaysia yang boleh dimanfaatkan di Afghanistan selain pendekatan positif dan konstruktif.
  • Menurut IKIMfm, pegawai dari kedua-dua negara turut bertukar pandangan saintifik dan membincangkan potensi bidang kerjasama bersama.
  • Seorang pengguna TikTok @oazizah turut berkongsikan video lawatan kerja delegasi dari Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya pada Jumaat lalu.
  • Video berdurasi tiga minit itu, antaranya memaparkan sekumpulan individu dari delegasi Afghanistan melihat demonstrasi pembelajaran digital di sekolah berkenaan menggunakan Ipad dan mengunjungi bilik yang digunakan untuk mempelajari bahasa Arab.

KUALA LUMPUR — Satu sesi khas Diskusi Ilmiah diadakan sempena Lawatan Kerja Delegasi Kementerian Pendidikan Emiriah Islam Afghanistan (IEA) ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 4 November lalu di Putrajaya, lapor IKIMfm.

Dalam diskusi ilmiah itu, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Muhammad Nur Manuty telah berkongsi amalan pendidikan terbaik di Malaysia yang boleh dimanfaatkan di Afghanistan selain pendekatan positif dan konstruktif.

IKIMfm melaporkan media Afghanistan berkata delegasi yang hadir turut memberi gambaran menyeluruh tentang pencapaian, cabaran dan peluang pendidikan di negara itu kepada pegawai KPM, cendekiawan dan guru-guru dari sekolah serta madrasah.

Sepanjang perbincangan itu, pegawai dari kedua-dua negara turut bertukar pandangan saintifik dan membincangkan potensi bidang kerjasama bersama.

IKIMfm melaporkan Kerajaan Afghanistan boleh memanfaatkan pandangan Malaysia yang mungkin memberi pengaruh positif terhadap perubahan dasar pendidikan di Afghanistan.

Sementara itu, pengguna TikTok @oazizah turut berkongsi video lawatan kerja delegasi dari Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya pada Jumaat lalu.

Foto: Tangkap layar klip video dimuat naik pengguna TikTok @oazizah berkenaan Lawatan kerja Kementerian Pendidikan Afghanistan ke Sek. Seri Puteri, Cyberjaya.

Video berdurasi tiga minit itu, antaranya memaparkan sekumpulan individu dari delegasi Afghanistan melihat demonstrasi pembelajaran digital di sekolah berkenaan menggunakan Ipad dan mengunjungi bilik yang digunakan untuk mempelajari bahasa Arab.

TMT difahamkan @oazizah adalah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah berkenaan menulis di ruangan komen video itu bahawa kehadiran delegasi Afghan terbabit antaranya bertujuan untuk berkongsi idea pendidikan.

Menurut laman web seriputeri,  Sekolah Seri Puteri yang ditubuhkan pada 6 Mei 1968 pada mulanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur.

 

Sekolah yang dibina atas tapak seluas 19 ekar itu, sebelumnya menempatkan Sekolah Menengah Teknik, dibina khusus untuk memberi pendidikan peringkat menengah kepada pelajar-pelajar perempuan daripada sekolah-sekolah aliran kebangsaan di seluruh negara. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *