Connect with us

Antarabangsa

Turkiye putuskan semua hubungan dengan Israel – Erdogan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Recep Tayyip Erdogan
  • Turkiye memutuskan semua hubungan dengan Israel, demikian umum Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.
  • Erdogan membuat komen itu kepada wartawan di dalam pesawatnya selepas lawatan ke Arab Saudi dan Azerbaijan.
  • “Kerajaan Republik Turkiye, di bawah pimpinan Tayyip Erdogan, tidak akan meneruskan atau membangunkan hubungan dengan Israel,” kata Erdogan dipetik MEE pada Rabu.
  • Erdogan turut menekankan Turkiye akan melakukan apa saja cara untuk memastikan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab atas tindakannya di Gaza, yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Turkiye memutuskan semua hubungan dengan Israel, demikian umum Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Rabu.

Erdogan membuat komen itu kepada wartawan di dalam pesawatnya selepas lawatan ke Arab Saudi dan Azerbaijan.

“Kerajaan Republik Turkiye, di bawah pimpinan Tayyip Erdogan, tidak akan meneruskan atau membangunkan hubungan dengan Israel,” kata Erdogan dipetik Middle East Eye (MEE) pada Rabu.

“(Pakatan pemerintah kami) tegas dalam keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Israel dan kami akan mengekalkan pendirian ini pada masa hadapan juga.

“Kami, sebagai Republik Turkiye dan kerajaannya, pada masa ini telah memutuskan semua hubungan dengan Israel,” katanya.

Erdogan turut menekankan Turkiye akan melakukan apa saja cara untuk memastikan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bertanggungjawab atas tindakannya di Gaza, yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Turkiye sebelum ini mengenakan sekatan perdagangan ke atas Israel pada Mei, namun Ankara terus mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara itu.

Turkiye secara rasmi memanggil semula dutanya tahun lalu untuk rundingan, namun misi diplomatik Turkiye di Tel Aviv tetap dibuka dan beroperasi.

Israel juga memindahkan kedutaannya di Ankara tahun lalu dengan memetik ancaman keselamatan serantau sebagai faktor tindakan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *