Connect with us

Antarabangsa

Tiada lagi hospital berfungsi di utara Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Nasser hospital, Khan Yunis

Semua hospital di utara Gaza tidak lagi beroperasi, di tengah-tengah serangan udara berterusan dan pengepungan tentera rejim Israel yang menghalang akses kepada bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan perubatan, kata pejabat media kerajaan Gaza.

Pejabat itu dipetik MEE dalam satu kenyataan di Telegram pada Isnin berkata, 1,800 orang terbunuh dan 4,000 cedera di utara Gaza pada bulan lalu.

Kenyataan itu menyatakan pasukan pertahanan awam juga menghadapi serangan semasa menjalankan tugas, dengan beberapa anggota ditangkap atau dihalang daripada menjalankan kerja mereka.

Lebih 43,000 warga Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak terbunuh, dengan lebih 102,000 dilaporkan cedera akibat perang genosid Israel di Gaza sejak Oktober tahun lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *