Connect with us

Antarabangsa

Sweden penjarakan ahli politik pembakar al-Quran, Rasmus Paludan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli politik Denmark-Sweden sayap kanan, Rasmus Paludan
  • Ahli politik Denmark-Sweden sayap kanan, Rasmus Paludan, yang terkenal kerana mencetuskan sentimen keagamaan umat Islam dengan membakar naskah al-Quran di Sweden, dijatuhi hukuman penjara empat bulan, lapor media tempatan pada Selasa.
  • Anadolu melaporkan Mahkamah daerah di Malmo mendakwa ahli politik sayap kanan itu dengan dua pertuduhan menghasut terhadap kumpulan etnik dan menghina orang Arab dan Afrika semasa perhimpunan awam pada 2022 di Sweden, menurut penyiar kebangsaan SVT Nyheter.
  • Paludan, yang juga ketua parti politik Denmark Stram Kurs (Garisan Keras), adalah orang pertama di Sweden dipenjarakan atau didakwa berkaitan menghina umat Islam dengan membakar naskah suci al-Quran di negara itu.
  • Ahli politik itu telah menghina umat Islam di perhimpunan itu, dan tindakannya tidak boleh dibenarkan sebagai kritikan terhadap Islam atau kerja kempen politik, kata mahkamah daerah dalam keputusannya.

Ahli politik Denmark-Sweden sayap kanan, Rasmus Paludan, yang terkenal kerana mencetuskan sentimen keagamaan umat Islam dengan membakar naskah al-Quran di Sweden, dijatuhi hukuman penjara empat bulan, lapor media tempatan pada Selasa.

Anadolu melaporkan Mahkamah daerah di Malmo mendakwa ahli politik sayap kanan itu dengan dua pertuduhan menghasut terhadap kumpulan etnik dan menghina orang Arab dan Afrika semasa perhimpunan awam pada 2022 di Sweden, menurut penyiar kebangsaan SVT Nyheter.

Paludan, yang juga ketua parti politik Denmark Stram Kurs (Garisan Keras), adalah orang pertama di Sweden dipenjarakan atau didakwa berkaitan menghina umat Islam dengan membakar naskah suci al-Quran di negara itu.

Ahli politik itu telah menghina umat Islam di perhimpunan itu, dan tindakannya tidak boleh dibenarkan sebagai kritikan terhadap Islam atau kerja kempen politik, kata mahkamah daerah dalam keputusannya.

“Adalah dibenarkan untuk mengkritik secara terbuka, sebagai contoh, Islam dan juga orang Islam, tetapi penghinaan terhadap sekumpulan orang mestilah jelas tidak melebihi had wacana yang relevan dan bertanggungjawab,” kata pengerusi mahkamah Nicklas Soderberg dipetik SVT Nyheter, turut menyifatkan kenyataan Paludan hanyalah menghina orang Islam.

Pada April 2022, Paludan mengadakan pertemuan umum di mana dia membakar salinan kitab suci umat Islam, mencetuskan rusuhan di bandar Malmo, Landskrona, Linkoping dan Orebro.

Pembakaran al-Quran di Sweden dan Denmark oleh Paludan, yang berlaku pada musim panas 2023 dengan alasan kebebasan bersuara, telah mencetuskan protes kemarahan di negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik.

Susulan insiden itu, Denmark menerima pakai undang-undang pada Disember lalu yang melarang membakar naskah al-Quran di tempat awam.

Sweden pula masih mempertimbangkan pilihan undang-undang yang membolehkan polis menolak permit untuk demonstrasi atas kebimbangan keselamatan negara. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *