Connect with us

Terkini

Pakar perubatan kesal persatuan “Islam” sebar propaganda antivaksin

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perubatan Keluarga, Dr Amirul Amzar.
  • Seorang pakar perubatan keluarga meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang individu yang mengaku daripada sebuah persatuan “Islam” yang menyebarkan propaganda antivaksin.
  • Dr Amirul Amzar berkata beliau mendapat khabar mengatakan individu terbabit telah ‘melanggar’ program vaksinasi dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah daerah dengan membawa laporan polis menuduh vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bahaya dan tidak selamat, malah individu itu turut melampirkan maklumat yang kononnya berkaitan.
  • “Walhal, vaksin itu adalah vaksin HPV yang bertujuan mencegah jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita, yang mana merupakan antara kanser tertinggi pada wanita di Malaysia.
  • “Tapi, memang taktik mereka, menyebar salah faham dengan manipulasi. Dia kongsi tentang bahaya vaksin COVID dan MPOX. Saya yakin, bila tanya tentang vaksin HPV, dia pun tak dapat jawab.
  • “Individu sebegini biasanya menyebarkan maklumat yang mereka sendiri tidak fasih tentangnya dan bila mereka disuruh beredar, mereka balas dengan maki hamun,” kata Dr Amirul menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Seorang pakar perubatan keluarga meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang individu yang mengaku daripada sebuah persatuan “Islam” yang menyebarkan propaganda antivaksin.

Dr Amirul Amzar berkata beliau mendapat khabar mengatakan individu terbabit telah ‘melanggar’ program vaksinasi dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sebuah daerah dengan membawa laporan polis menuduh vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bahaya dan tidak selamat, malah individu itu turut melampirkan maklumat yang kononnya berkaitan.

“Walhal, vaksin itu adalah vaksin HPV yang bertujuan mencegah jangkitan HPV dan kanser pangkal rahim dalam kalangan wanita, yang mana merupakan antara kanser tertinggi pada wanita di Malaysia. 

“Siap dia kepilkan maklumat yang kononnya berkaitan.

“Tapi, memang taktik mereka, menyebar salah faham dengan manipulasi. Dia kongsi tentang bahaya vaksin COVID dan MPOX. Saya yakin, bila tanya tentang vaksin HPV, dia pun tak dapat jawab.

“Individu sebegini biasanya menyebarkan maklumat yang mereka sendiri tidak fasih tentangnya dan bila mereka disuruh beredar, mereka balas dengan maki hamun,” kata Dr Amirul menerusi hantaran di Facebook di sini pada Khamis.

 

Foto: Tangkap layar hantaran Dr Amirul Amzar di Facebook.

Menerusi hantaran itu, Dr Amirul turut memuat naik laporan polis difahamkan dibawa individu terbabit di mana kandungan laporan itu antara lain menyatakan seorang wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membuat laporan polis terhadap KKM yang sedang mempromosikan vaksin HPV yang didakwanya akan memudaratkan rakyat Malaysia.

Dalam laporan polis itu dinyatakan pekerjaan pengadu adalah Pegawai Penyelidik PPIM dan dia mendakwa telah membuat kajian tentang perkara itu dengan beberapa doktor pakar dan merujuk artikel-artikel luar negara berkenaan bahaya vaksin HPV kepada remaja yang kononnya berupaya menyebabkan kesan sampingan seperti kanser dan kerosakan ovari.

 

Foto: Laporan polis dibuat ‘Pegawai Penyelidik PPIM’ yang dimuat naik Dr Amirul Amzar di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Amirul berkata beliau beremosi dengan tindakan individu terbabit berikutan kakitangan kesihatan sudah bersusah payah berusaha menyihatkan masyarakat walaupun perlu melalui isu kekurangan tenaga kerja, kekurangan sumber dan bajet juga tidak banyak tetapi mereka masih turun padang menjalankan amanah dipikul. 

“Tapi datang pula individu tak bertauliah, mengaku pegawai PENYELIDIK, sebar benda yang tak betul.

“Saya harap masih ada ahli persatuan ini yang waras yang boleh kawal individu sebegini dalam PPIM. Jika tiada, persatuan ini sepatutnya timbal balik nama persatuan mereka. Betul kah mereka bersandar pada Islam. Atau sepatutnya dinamakan Persatuan Penunggang “Islam”. Kerana Islam mengajar umatnya meletakkan urusan pada ahlinya.

“Apapun, tahniah pada kakitangan KKM, walau dalam masa pasca COVID yang mana vaksinasi lama pun diragui masyarakat, anda masih lagi teguh menjalankan tugas. Syabas. Kita jalan terus. Ini usaha kita ini tanggungjawab kita. Mungkin generasi akan datang akan lebih bijak..itu harapan kita,” kata Dr Amirul. — The Merdeka Times

 

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *