Connect with us

Antarabangsa

Kumpulan Muslim AS tuntut Trump tunai janji, tamatkan genosid di Gaza

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Donald Trump
  • Council on American-Islamic Relations (CAIR), organisasi hak sivil dan advokasi Islam terbesar di Amerika Syarikat (AS), pada Rabu memuji umat Islam Amerika kerana keluar mengundi dalam pilihan raya 5 November walaupun kekecewaan mendalam dengan kedua-dua parti utama AS ekoran pembunuhan beramai-ramai (genosid) berterusan di Gaza.
  • CAIR menyeru mereka yang dipilih dari parti Demokrat untuk mengambil iktibar daripada kehilangan sokongan Naib Presiden Kamala Harris dalam kalangan umat Islam dan pengundi lain yang menentang genosid di Gaza dan menggesa Presiden yang dipilih, Donald Trump menunaikan ikrar kempennya untuk mengejar keamanan di luar negara, termasuk menghentikan perang Israel ke atas Gaza.
  • Pengarah Eksekutif Nasional CAIR, Nihad Awad dalam satu kenyataan berkata, semasa kempen, Trump berusaha meraih sokongan pengundi Islam di negeri-negeri penting di AS, berikrar untuk menamatkan pertumpahan darah di Gaza dan mengutuk dasar era pemerintahan Bush/Cheney yang mendatangkan malapetaka di dunia Islam.
  • “Adalah penting bagi Trump (presiden) yang dipilih untuk kini menyedari bahawa kebanyakan rakyat Amerika, termasuk Muslim Amerika yang menyokongnya, tidak mahu melihat lebih banyak ketaksuban di sini di dalam negara atau lebih banyak peperangan di luar negara.
  • “Presiden yang dipilih itu harus memenuhi ikrar kempennya untuk mengejar keamanan di luar negara, termasuk dengan menamatkan perang ke atas Gaza. Bagaimanapun, ini mestilah keamanan sebenar berdasarkan keadilan, kebebasan dan negara untuk rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan di laman web CAIR.

KUALA LUMPUR – Council on American-Islamic Relations (CAIR), organisasi hak sivil dan advokasi Islam terbesar di Amerika Syarikat (AS), pada Rabu memuji umat Islam Amerika kerana keluar mengundi dalam pilihan raya 5 November walaupun kekecewaan mendalam dengan kedua-dua parti utama AS ekoran pembunuhan beramai-ramai (genosid) berterusan di Gaza.

CAIR menyeru mereka yang dipilih dari parti Demokrat untuk mengambil iktibar daripada kehilangan sokongan Naib Presiden Kamala Harris dalam kalangan umat Islam dan pengundi lain yang menentang genosid di Gaza dan menggesa Presiden yang dipilih, Donald Trump menunaikan ikrar kempennya untuk mengejar keamanan di luar negara, termasuk menghentikan perang Israel ke atas Gaza.

Pengarah Eksekutif Nasional CAIR, Nihad Awad dalam satu kenyataan berkata, semasa kempen, Trump berusaha meraih sokongan pengundi Islam di negeri-negeri penting di AS, berikrar untuk menamatkan pertumpahan darah di Gaza dan mengutuk dasar era pemerintahan Bush/Cheney yang mendatangkan malapetaka di dunia Islam.

“Adalah penting bagi Trump (presiden) yang dipilih untuk kini menyedari bahawa kebanyakan rakyat Amerika, termasuk Muslim Amerika yang menyokongnya, tidak mahu melihat lebih banyak ketaksuban di sini di dalam negara atau lebih banyak peperangan di luar negara.

“Presiden yang dipilih itu harus memenuhi ikrar kempennya untuk mengejar keamanan di luar negara, termasuk dengan menamatkan perang ke atas Gaza. Bagaimanapun, ini mestilah keamanan sebenar berdasarkan keadilan, kebebasan dan negara untuk rakyat Palestin,” katanya dalam kenyataan di laman web CAIR.

Beliau berkata dalam beberapa bulan akan datang, umat Islam Amerika mesti menggerakkan kerjasama dengan komuniti di seluruh negara kuasa besar itu untuk menentang sebarang percubaan untuk membahayakan komuniti yang terdedah.

Katanya, ini termasuklah tindakan melancarkan pengusiran beramai-ramai semua keluarga tanpa dokumen, mengembalikan larangan Muslim atau mempersenjatai Jabatan Kehakiman terhadap aktivis, termasuk pelajar kolej yang bersuara menentang pembunuhan beramai-ramai Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *