Antarabangsa
Ireland ‘terima’ duta Palestin pertama

Ireland meluluskan pelantikan duta penuh dari Palestin beberapa bulan selepas ia mengiktiraf Negara Palestin.
Ireland pada Mei lalu mengumumkan negara itu mengiktiraf Palestin.
Sebagai tindak balas kepada pengumuman itu, Palestin memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Ireland mengenai hasratnya menukar perwakilan Palestin di negara itu kepada kedutaan residen, yang akan diketuai Dr Wahba Abdalmajid.
Kehadiran Ireland di Ramallah di Tebing Barat, Palestin, juga dijangka dinaik taraf daripada pejabat perwakilan kepada kedutaan penuh, menurut Irish Times. – The Merdeka Times

Teruskan Membaca
You must be logged in to post a comment Login