Connect with us

Antarabangsa

Hampir 3,200 maut di Lubnan akibat serangan Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Serangan udara rejim Israel ke atas Lubnan membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 99 yang lain pada hujung minggu, kata Kementerian Kesihatan Lubnan dipetik agensi berita Anadolu hari ini.
  • Kematian pada Sabtu meningkatkan jumlah mangsa terbunuh dalam serangan rejim Israel di negara itu sejak Oktober 2023 kepada 3,189 dengan 14,078 dilaporkan cedera, kata kementerian itu dalam kenyataan pada Ahad.
  • Israel meningkatkan kempen udaranya di Lubnan sejak akhir September menentang apa yang didakwanya sebagai sasaran kumpulan Hizbullah dalam peningkatan daripada peperangan rentas sempadan selama setahun antara Israel dan kumpulan penentangan Lubnan itu sejak permulaan serangan kejam rejim zionis di Gaza pada 7 Oktober 2023.

Serangan udara rejim Israel ke atas Lubnan membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 99 yang lain pada hujung minggu, kata Kementerian Kesihatan Lubnan dipetik agensi berita Anadolu hari ini.

Kematian pada Sabtu meningkatkan jumlah mangsa terbunuh dalam serangan rejim Israel di negara itu sejak Oktober 2023 kepada 3,189 dengan 14,078 dilaporkan cedera, kata kementerian itu dalam kenyataan pada Ahad.

Israel meningkatkan kempen udaranya di Lubnan sejak akhir September menentang apa yang didakwanya sebagai sasaran kumpulan Hizbullah dalam peningkatan daripada peperangan rentas sempadan selama setahun antara Israel dan kumpulan penentangan Lubnan itu sejak permulaan serangan kejam rejim zionis di Gaza pada 7 Oktober 2023.

Israel meluaskan konflik di rantau itu dengan melancarkan pencerobohan darat ke selatan Lubnan pada 1 Oktober lalu. 

Media melaporkan kumpulan Hizbullah di Lubnan melancarkan serangan roket dan dron ke atas Israel sebagai bantahan dan solidariti kepada rakyat Palestin di Gaza yang diserang Israel.

Rejim zionis melancarkan perang genosid (pembunuhan beramai-ramai) ke atas rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober tahun lalu selepas serangan balas rentas sempadan Taufan al-Aqsa dilancarkan kumpulan penentangan Palestin, Hamas di Gaza sebagai reaksi balas kepada pembantaian, penjajahan, rampasan tanah, penindasan dan pembunuhan warga Palestin oleh Israel sejak 1948. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *