Antarabangsa
Yahya Sinwar syahid?
Tentera Israel berkata ia sedang menyemak kemungkinan bahawa ia telah membunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar di Gaza.
- Tentera Israel berkata ia sedang menyemak kemungkinan bahawa ia telah membunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar di Gaza.
- Tentera Israel dipetik Middle East Eye mendakwa “tiga pengganas telah dihapuskan” semasa operasi rejim di Gaza, hari ini (Khamis).
- Tentera Israel dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet dilaporkan sedang menyemak kemungkinan salah seorang yang terbunuh adalah Yahya Sinwar.
- Yahya Sinwar dilantik sebagai ketua Hamas menggantikan Allahyarham Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran, pada 31 Julai lalu, dipercayai didalangi Israel.
Tentera Israel berkata ia sedang menyemak kemungkinan bahawa ia telah membunuh pemimpin Hamas, Yahya Sinwar di Gaza.
Tentera Israel dipetik Middle East Eye mendakwa “tiga pengganas telah dihapuskan” semasa operasi rejim di Gaza, hari ini (Khamis).
Tentera Israel dan perkhidmatan keselamatan Shin Bet dilaporkan sedang menyemak kemungkinan salah seorang yang terbunuh adalah Yahya Sinwar.
Setakat ini, identiti mereka yang dibunuh itu tidak dapat disahkan.
“Di bangunan tempat pengganas dihapuskan, tiada tanda-tanda kehadiran tebusan di kawasan itu. Pasukan yang beroperasi di kawasan itu terus beroperasi dengan berhati-hati,” kata tentera Israel.
Yahya Sinwar dilantik sebagai ketua Hamas menggantikan Allahyarham Ismail Haniyeh yang dibunuh di Tehran, Iran, pada 31 Julai lalu, dipercayai didalangi Israel.
Perkembangan lanjut berita akan menyusul. – The Merdeka Times