Connect with us

Terkini

(VIDEO) Henti subsidi pendidikan anak orang kaya: PMX suka beri cadangan ‘populis’ – Kian Ming

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak membuat persediaan dasar mencukupi sebelum beliau memberi bayangan akan menghentikan pemberian subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming (kiri) & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak membuat persediaan dasar mencukupi sebelum beliau memberi bayangan akan menghentikan pemberian subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya.
  • Bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming berkata Anwar gemar memberikan cadangan populis atau ‘knee jerk reaction’ iaitu bertindak balas terhadap sesuatu tanpa berfikir.
  • “PMX selalu menggunakan pentas untuk membuat pengumuman yang tidak diberikan persediaan yang cukup dari segi dasar.
  • “Maksudnya saya rasa ini memang bukan sesuatu polisi ataupun dasar yang dicadangkan oleh MOF (Kementerian Kewangan) ataupun Kementerian Pendidikan tetapi instinct PMX sekarang ialah kerana mungkin beliau tidak begitu peka kepada butiran-butiran dasar.
  • “Dia suka memberi cadangan yang lebih knee jerk reaction ataupun populis dan ini adalah comfortable ground untuk beliau di mana “ohh orang kaya tidak sepatutnya mendapatkan ini, orang yang jutawan itu tidak sepatutnya diberikan bantuan seperti ini”,” kata Kian Ming ketika mengulas mengenai subsidi pendidikan di episod terkini Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak membuat persediaan dasar mencukupi sebelum beliau memberi bayangan akan menghentikan pemberian subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya.

Bekas Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming berkata Anwar gemar memberikan cadangan populis atau ‘knee jerk reaction’ iaitu bertindak balas terhadap sesuatu tanpa berfikir.

“PMX selalu menggunakan pentas untuk membuat pengumuman yang tidak diberikan persediaan yang cukup dari segi dasar.

“Maksudnya saya rasa ini memang bukan sesuatu polisi ataupun dasar yang dicadangkan oleh MOF (Kementerian Kewangan) ataupun Kementerian Pendidikan tetapi instinct PMX sekarang ialah kerana mungkin beliau tidak begitu peka kepada butiran-butiran dasar.

“Dia suka memberi cadangan yang lebih knee jerk reaction ataupun populis dan ini adalah comfortable ground untuk beliau di mana “ohh orang kaya tidak sepatutnya mendapatkan ini, orang yang jutawan itu tidak sepatutnya diberikan bantuan seperti ini”,” kata Kian Ming ketika mengulas mengenai subsidi pendidikan di episod terkini Podcast Keluar Sekejap yang disiarkan menerusi Youtube.

Anwar yang juga Menteri Kewangan pada Isnin dilaporkan memberi bayangan kerajaan mungkin menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak kelompok kaya.

Menyifatkan tindakan membiarkan ketirisan subsidi besar seperti itu berterusan sebagai tindakan tidak adil, Perdana Menteri menegaskan dana berkenaan sepatutnya boleh diagihkan kepada golongan miskin.

Katanya, perkara itu hanya hebahan awal sebelum Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan bulan ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam maklumbalasnya berhubung perkara itu berkata, penamatan subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Katanya, apa yang penting perkara dibangkitkan Perdana Menteri itu menunjukkan kerajaan cakna dan mahu golongan berpendapatan tinggi mempunyai tanggungjawab moral terhadap ruang pendidikan kepada golongan rentan lebih memerlukan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *