Connect with us

Antarabangsa

UK tidak akan henti jual senjata kepada Israel

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer pada Isnin dengan tegas menolak seruan larangan penjualan senjata ke Israel walaupun berlakunya peningkatan keganasan di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer.
  • ­Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer pada Isnin dengan tegas menolak seruan larangan penjualan senjata ke Israel walaupun berlakunya peningkatan keganasan di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan.
  • Semasa Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Starmer menjawab “tidak” dengan jelas apabila ditanya Ahli Parlimen, Zarah Sultana sama ada beliau akan menghentikan penjualan senjata ke Israel susulan tuduhan jenayah perang.
  • Ahli Parlimen bebas, Sultana menarik perhatian dewan kepada krisis kemanusiaan di Gaza, di mana hampir 42,000 rakyat Palestin dibunuh dalam konflik yang berlangsung selama setahun susulan serangan balas rentas sempadan Hamas pada Oktober 2023 ke atas selatan Israel.
  • Beliau memetik kajian profesional perubatan Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa jumlah kematian di Gaza kini melebihi 118,000.
  • Sultana menyuarakan kebimbangan mengenai 2,000 kematian di Lubnan di mana Israel memulakan serangan pada akhir bulan lalu, disusuli pencerobohan darat.

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Starmer pada Isnin dengan tegas menolak seruan larangan penjualan senjata ke Israel walaupun berlakunya peningkatan keganasan di Gaza, Tebing Barat dan Lubnan.

Semasa Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Starmer menjawab “tidak” dengan jelas apabila ditanya Ahli Parlimen, Zarah Sultana sama ada beliau akan menghentikan penjualan senjata ke Israel susulan tuduhan jenayah perang.

Ahli Parlimen bebas, Sultana menarik perhatian dewan kepada krisis kemanusiaan di Gaza, di mana hampir 42,000 rakyat Palestin dibunuh dalam konflik yang berlangsung selama setahun susulan serangan balas rentas sempadan Hamas pada Oktober 2023 ke atas selatan Israel.

Beliau memetik kajian profesional perubatan Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa jumlah kematian di Gaza kini melebihi 118,000.

Sultana juga menyuarakan kebimbangan mengenai 2,000 kematian di Lubnan di mana Israel memulakan serangan pada akhir bulan lalu, disusuli pencerobohan darat.

Ahli Parlimen itu meminta Starmer mengakhiri “keterlibatan UK dalam jenayah perang” dengan melarang penjualan senjata ke Israel, khususnya merujuk kepada pengeksportan jet pejuang F-35.

Jet-jet canggih digambarkan pengeluar AS, Lockheed Martin sebagai “yang paling membunuh” di dunia, digunakan Israel secara meluas dalam serangan mereka.

Starmer mengakui keseriusan situasi itu tetapi tetap mempertahankan pendirian kerajaan beliau.

“Melarang semua penjualan bermakna tiada apa untuk tujuan pertahanan,” kata Starmer dipetik agensi berita Anadolu.

UK sebelum ini menggantung 30 daripada 350 lesen pengeksportan senjata ke Israel pada September. 

Starmer turut memberi alasan serangan Iran ke atas Israel sebagai antara justifikasi keputusannya untuk tidak melarang penjualan senjata kepada Israel.

Minggu lalu, Iran melancarkan ratusan peluru berpandu balistik ke arah Tel Aviv sebagai tindak balas atas tindakan rejim zionis Israel membunuh pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah yang juga sekutu Tehran serta serangan ke atas Gaza dan Lubnan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *