Connect with us

Terkini

UEC: Ini bukan salah dasar kerajaan, Ahli Parlimen dan Dong Zong ‘cermin diri’ dulu

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof
  • Ahli Parlimen atau mana-mana pihak, termasuk Dong Zong, yang mendesak kerajaan menerima kemasukan pelajar lepasan Unified Examination Certificate (UEC) ke IPTA secara direct intake sewajarnya ‘cermin diri’ masing-masing dan bermuhasabah.
  • Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ini kerana masalah itu bukan berpunca daripada dasar kerajaan, tetapi disebabkan sikap Dong Zong dan sekolah-sekolah menengah persendirian Cina yang memilih UEC sebagai sijil bagi menilai kelayakan pelajar mereka. 
  • “Kita tahu bahawa menerima masuk pelajar berdasarkan sijil UEC ini bermakna kita mengiktiraf sistem pendidikan yang menyimpang jauh daripada kurikulum pendidikan negara kerana kita melihat dalam UEC ni, asas kepada kurikulumnya adalah merujuk kepada sistem pendidikan di Taiwan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.
  • Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang kelmarin di Dewan Rakyat meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya mengkaji  dengan mendalam untuk memberikan laluan kepada sijil UEC dijadikan sebagai salah satu syarat memasuki IPTA di bawah sistem ‘direct intake’ tanpa perlu melalui UPU.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen atau mana-mana pihak, termasuk Dong Zong, yang mendesak kerajaan menerima kemasukan pelajar lepasan Unified Examination Certificate (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara direct intake sewajarnya ‘cermin diri’ masing-masing dan bermuhasabah.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ini kerana masalah itu bukan berpunca daripada dasar kerajaan, tetapi disebabkan sikap Dong Zong dan sekolah-sekolah menengah persendirian Cina yang memilih UEC sebagai sijil bagi menilai kelayakan pelajar mereka. 

Beliau mempersoalkan sebagai rakyat Malaysia, mengapa ada pihak yang enggan menggunakan sistem pendidikan yang berteraskan kepada negara sendiri. 

Katanya, sijil UEC yang berteraskan kepada pendidikan menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa utama menyebabkan pelajar-pelajarnya tidak mempunyai kemahiran mencukupi dalam Bahasa Melayu, sedangkan sebagai rakyat Malaysia wajib menguasai bahasa kebangsaan tersebut.

“Kita tahu bahawa menerima masuk pelajar berdasarkan sijil UEC ini bermakna kita mengiktiraf sistem pendidikan yang menyimpang jauh daripada kurikulum pendidikan negara kerana kita melihat dalam UEC ni, asas kepada kurikulumnya adalah merujuk kepada sistem pendidikan di Taiwan. 

“Umpamanya dalam mata pelajaran Sejarah, apa yang diajar dalam mata pelajaran sejarah itu, bukannya sejarah tanah air kita tapi, sejarah negara China yang diberikan keutamaan. 

“Walaupun ada beberapa elemen sejarah antarabangsa tetapi ia tidak mencukupi untuk mewujudkan jati diri dan perasaan patriotik rakyat Malaysia terhadap negara sendiri, maka sewajarnya kerajaan tidak mengiktiraf sijil UEC ni dalam konteks kemasukan universiti. 

“Kerana pengiktirafan itu, menggambarkan seolah-olah kita mengambil sikap sangat longgar dalam konteks sistem pendidikan negara kita,” katanya kepada The Merdeka Times di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang kelmarin di Dewan Rakyat meminta Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya mengkaji  dengan mendalam untuk memberikan laluan kepada sijil UEC dijadikan sebagai salah satu syarat memasuki IPTA di bawah sistem ‘direct intake’ tanpa perlu melalui Unit Pusat Universiti (UPU).

Yu Hui percaya pelajar lepasan UEC berhak dan layak dilayan sama taraf dengan sijil negara asing seperti A-level, International Baccalaureate (IB) atau Australia Matriculation dengan syarat mereka tidak menerima subsidi kerajaan untuk masuk ke IPTA.

Mengulas lanjut, Fathi berkata prinsip itu penting untuk dikekalkan bagi memastikan sistem pendidikan kita seragam dan rakyat berbilang kaum menerima juga melalui sistem pendidikan yang seragam tersebut.  

“Kalau kita saksikan sistem pendidikan nasional, kebangsaan kita mempunyai kaedah pengiktirafan melalui Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM yang sudah kukuh berwibawa. 

“Kenapa kita masih lagi ingin mencari sistem pendidikan lain? Saya percaya ini satu persoalan yang penting untuk kita lihat, bahkan kewujudan UEC itu sendiri dan penggunaan silibus UEC dalam pendidikan di Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang swasta ini, sebenarnya perlu dipersoalkan. 

“Sepatutnya semua sekolah-sekolah ni menerima pakai SPM sebagai asas kepada kurikulum dan tidak menggunakan sijil-sijil lain. Jadi, bagi saya ni satu perkara yang menyedihkan apabila kita masih lagi gagal untuk mewujudkan sistem pendidikan yang bersepadu dan juga tunggal dalam negara kita ini,” katanya. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *