Connect with us

Antarabangsa

Trump mendahului Harris dalam pemilihan presiden AS

Calon presiden parti Republikan, Donald Trump sedang mendahului lawannya dari Demokrat, Kamala Harris, dengan dua peratusan mata, demikian tinjauan pendapat Wall Street Journal pada Khamis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Foto: Calon presiden parti Republikan, Donald Trump (kiri) & lawannya dari Demokrat, Kamala Harris (kanan).
  • Calon presiden parti Republikan, Donald Trump sedang mendahului lawannya dari Demokrat, Kamala Harris, dengan dua peratusan mata, demikian tinjauan pendapat Wall Street Journal pada Khamis.
  • Tinjauan terkini dari 19 hingga 22 Oktober membabitkan 1,500 responden itu menunjukkan 47 peratus pengundi akan memilih Trump berbanding 45 peratus menyokong Harris.
  • Ia juga memberi indikasi 52 peratus pengundi Amerika Syarikat (AS) menerima prestasi Trump semasa beliau menjadi presiden AS, manakala hanya 42 peratus menerima prestasi Harris selaku naib presiden, lapor Sputnik.
  • Firstpost melaporkan tinjauan menunjukkan wanita kulit putih yang bekerja lebih memilih Trump untuk dasar ekonomi dan sempadannya. 
  • Namun Harris mengekor rapat dan cuba menarik pengundi wanita menyebelahinya dengan polisinya mengenai pengguguran.

Calon presiden parti Republikan, Donald Trump sedang mendahului lawannya dari Demokrat, Kamala Harris, dengan dua peratusan mata, demikian tinjauan pendapat Wall Street Journal pada Khamis.

Tinjauan terkini itu menunjukkan 47 peratus pengundi akan memilih Trump berbanding 45 peratus menyokong Harris.

Ia juga memberi indikasi 52 peratus pengundi Amerika Syarikat (AS) menerima prestasi Trump semasa beliau menjadi presiden AS, manakala hanya 42 peratus menerima prestasi Harris selaku naib presiden, lapor Sputnik.

Tinjauan pendapat itu dijalankan dari 19 hingga 22 Oktober membabitkan 1,500 responden dengan margin kesalahan 2.5 peratusan mata.

Dengan pemilihan presiden kurang dua minggu lagi, Trump dan Harris dilaporkan berkempen di negeri medan pertempuran utama untuk mempengaruhi lebih ramai pengundi, di Pennsylvania dan Georgia.

Firstpost melaporkan Harris mengatakan beliau menyayangi Gen Z dan memanggil mereka pemimpin masa depan Amerika. 

Manakala Trump dilaporkan mendahului dalam kalangan wanita berkulit putih yang bekerja, demografi sebelum ini yang beliau kalah pada pilihan raya 2020 dan 2016. 

Tinjauan menunjukkan wanita kulit putih yang bekerja lebih memilih Trump untuk dasar ekonomi dan sempadannya. 

Namun Harris mengekor rapat dan cuba menarik pengundi wanita menyebelahinya dengan polisinya mengenai pengguguran.

Pemilihan presiden AS akan diadakan pada 5 November depan. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *